GIC tubuh pejabat kemampanan baru, dalami integrasi dan penyelidikan hijau
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: GIC)
SINGAPURA: Dana Pelaburan Singapura GIC menubuhkan sebuah pejabat khusus yang memberikan tumpuan kepada kemampanan di tengah-tengah peralihan global ke arah ekonomi rendah karbon.
Ditubuhkan bulan lepas, pejabat baru itu akan memperdalamkan lagi penyelidikan GIC dalam isu-isu kemampanan utama dan menyepadukan kemampanan ke dalam semua proses pelaburan dan korporat, menurut
laporan tahunan GIC yang dikeluarkan pada Rabu (27 Jul).
Pejabat tersebut akan diketuai Cik Rachel Teo yang merupakan ketua kemampanan GIC dan anggota jawatankuasa kemampanan firma itu.
Bercakap dalam satu sidang media, Ketua Pegawai Eksekutif, Lim Chow Kiat berkata GIC sudah mula memperkenalkaninisiatif kemampanan dan membangunkan keupayaan berkaitan sejak beberapa tahun lalu. Namun, ia mendapati peri perlunya sebuah pasukan khas untuk memberi tumpuan kepada isu-isu tertentu.
"Sebagai contoh, piawaian laporan sudah menjadi lebih rumit kerana terdapat banyak piawaian laporan, jadi bagaimana boleh GIC mendapatkan keupayaan untuk menentukan set piawaian yang baik?
"Bagaimana boleh kami sumbang kepada industri melalui perundingan? Bagaimana kami boleh adakan satu set untuk firma sendiri? Semua itu memerlukan sebuah pasukan pakar kemampanan khas, kata beliau kepada wartawan.
GIC yang kini menggajikan 1,900 pekerja di merata dunia enggan mendedahkan jumlah anggota dalam pejabat baru itu. Ia bagaimanapun memberitahu Mediacorp bahawa pejabat itu akan terdiri daripada "sumber sedia ada dan juga akan merekrut lebih banyak kakitangan profesional dalam bidang kemampanan".
"Unit ini akan bekerja dengan keupayaan kemampanan lain dalam pasukan pelaburan dan korporat kami untuk mendalami dan mempercepatkan usaha keseluruhan kemampanan GIC," kata jurucakap itu.
Dalam laporan tahunannya itu juga, GIC menyatakan ia sudah kesuntukkan masa untuk mengambil tindakan tegas terhadap perubahan iklim.
Untuk memacu peralihan ke arah penggunaan rendah karbon, GIC akan secara aktif meningkatkan pelaburan dalam teknologi baru seperti hidrogen, penghapusan karbon dan tenaga nuklear.
Pada Jul 2020, GIC melancarkan dana pelaburan dalaman untuk melabur dalam peluang berkaitan kemampanan yang akan menjana pulangan yang baik dari masa ke masa.
Selain dana tersebut, GIC melihat "kemampanan sebagai sebahagian daripada proses pelaburan biasa" meliputi semua pasukan dalam GIC.
Beberapa pelaburannya baru-baru ini termasuk dalam syarikat China Miotech melibatkan data kemampanan dan platform analitik serta syarikat pemula Climeworks dari Switzerland yang mana teknologi hijaunya menghapuskan karbon dioksida dari udara.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.