Skip to main content

Singapura

GIC lantik 2 pengarah lembaga baru pada Nov

Dana pelaburan Singapura GIC menamakan dua pengarah Lembaga GIC baru, menurutnya dalam satu kenyataan media pada Khamis (1 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
GIC lantik 2 pengarah lembaga baru pada Nov

Encik Lawrence Wong (kiri) dan Encik Seck Wai Kwong dilantik sebagai pengarah Lembaga GIC. (Gambar: MIC/State Street Bank and Trust Company)

Diterbitkan : 01 Nov 2018 05:55PM Dikemas Kini : 01 Nov 2018 06:01PM

SINGAPURA: Dana pelaburan Singapura GIC menamakan dua pengarah Lembaga GIC baru, menurutnya dalam satu kenyataan media pada Khamis (1 Nov).

Menteri Pembangunan Negara merangkap Menteri Kedua Kewangan, Lawrence Wong akan dilantik ke dalam Lembaga GIC bermula 1 Nov.

Sejak 1 Ogos 2017, Encik Wong merupakan seorang ahli Jawatankuasa Strategi Pelaburan GIC, sebuah jawatankuasa yang menyelia kelakonan dan profil risiko GIC serta mengemukakan saranan kepada Lembaga itu berhubung dasar pelaburan.

Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pasifik di State Street Bank and Trust Company, Encik Seck Wai Kwong, akan dilantik menganggotai Lembaga GIC bermula 9 Nov.

Sebelum ini, Encik Seck berkhidmat di Jawatankuasa Risiko GIC dari 2010 sehingga 2016.

"Kami amat gembira menyambut Encik Wong dan Encik Seck sebagai pengarah-pengarah di Lembaga GIC," kata Ketua Pegawai Eksekutif Lim Chow Kiat.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita