Giant Tampines anjurkan pasar malam buat pertama kali hingga 4 Dis
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Facebook/I Love Tampines/Giant
SINGAPURA: Pasar raya Giant di Tampines menganjurkan pasar malam pertama di kawasan meletak kereta di sana. Ia menawarkan lebih 20 gerai yang menjual makanan seperti durian dan roti hotdog cheese serta pelbagai trak makanan untuk dinikmati seluruh keluarga.
Selain itu, terdapat gerai menjual kraftangan daripada perniagaan tempatan dan juga permainan karnival dan 'claw machine' yang biasanya dilihat di pasar malam lain.
Menurut iklan di laman Giant, pasar malam itu dibuka setiap hari dari pukul 5.00 petang hingga 10.30 malam di luar Giant Tampines hingga 4 Disember.
Pasar malam itu merupakan pasar malam kedua di Tampines pada bulan ini. Yang pertama sedang berlangsung berdekatan stesen MRT Tampines dan akan ditutup pada 23 November nanti.

Sumber : Sumber Web/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.