Skip to main content

Singapura

Giant SG tawar S$6.85 bagi 30 telur sempena Aidilfitri

Anggaran Waktu Membaca:
Giant SG tawar S$6.85 bagi 30 telur sempena Aidilfitri

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 17 Apr 2023 01:33PM
SINGAPURA: Mulai hari ini hingga Ahad (17-23 Apr), rangkaian pasar raya Giant Singapore mengadakan tawaran diskaun bagi 30 biji telur 'Farm Fresh Eggs' pada S$6.85, berbanding harga biasanya iaitu S$7.85.

Ini bermakna setiap biji telur hanya berharga 22 sen di pasar raya itu sepanjang minggu ini menjelang Aidilfitri.

Setiap pelanggan bagaimanapun dihadkan membeli dua set 30 biji telur, atau 60 biji telur sahaja secara keseluruhan.

Demikian menurut Giant SIngapore dalam kenyataan medianya pada Isnin (17 Apr).

"Dengan kos sara hidup yang kian meningkat, Giant terus komited untuk menyediakan mutu dan nilai hebat bagi rakyat Singapura semasa musim perayaan ini.

"Tawaran hebat ini akan disediakan secara khas kepada pelanggan 'yuu' di kesemua cawangan runcit Giant Singapore," menurut kenyataan medianya.

Pembeli juga boleh mendaftar bagi Kelab Ganjaran yuu secara percuma bagi membolehkan mereka mengumpul mata bagi setiap dolar yang dibelanjakan.

Mereka boleh menebus mata ganjaran yang dikumpulkan di lebih 1,000 tempat, termasuk Giant, Cold Storage, CS Fresh, Guardian Health & Beauty, dan 7-Eleven.
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita