Skip to main content

Singapura

Giant serap kenaikan GST 1% bagi 700 barangan keperluan pada separuh pertama 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Giant serap kenaikan GST 1% bagi 700 barangan keperluan pada separuh pertama 2024

Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY

SINGAPURA: Rangkaian pasar raya Giant akan menyerap kenaikan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan, bagi 700 barangan keperluan sepanjang separuh pertama 2024.

Menurut syarikat induk Giant, DFI Retail Group pada Selasa (26 Dis), keputusan untuk menyerap kenaikan GST sebanyak 1 peratusan mata itu adalah bagi memastikan "barangan keperluan kekal dimampui" oleh para pelanggan.

Ini selain untuk meredakan kebimbangan ramai warga Singapura terhadap kos sara hidup.

Sepanjang beberapa minggu lalu, beberapa peruncit lain seperti rangkaian pasar raya FairPrice Group dan Sheng Siong juga mengumumkan langkah serupa untuk menyerap kenaikan GST sebanyak 1 peratus bagi produk-produk tertentu selama tiga hingga enam bulan pertama tahun depan.
Syarikat gergasi Ikea turut mengumumkan pada 21 Dis bahawa ia tidak akan menaikkan harga semua produk di cawangan-cawangan IKEA dan secara online menyusuli kenaikan GST pada 2024. Ia bagi memastikan produk-produk perabot rumah "kekal dimampui oleh kebanyakan orang di Singapura" di tengah-tengah kos sara hidup yang kian meningkat.
DFI Retail Group, yang sebelum ini dikenali sebagai Dairy Farm International, menyatakan bahawa ia telah memilih dengan teliti 700 produk keperluan berdasarkan maklum balas dan data pelanggan dalam usaha untuk memastikan "nilai maksimum" bagi pelanggannya.

Potongan harga itu merangkumi 700 barangan keperluan termasuk barangan segar, barangan runcit, produk penjagaan peribadi dan barangan dapur.

Antara produk-produk itu termasuk:

● Leafy Vegetables 220g
● Carrot China
● Sweet Corn Malaysia
● Royal Gala Apples
● Meadows Milk 1L
● Meadows Home Bathroom Tissue
● Meadows Home Laundry Liquid
● Meadows Assorted Biscuit
● Meadows Canned Tuna
● Meadows Mayonnaise
● Meadows Granulated Sugar
● Meadows Shredded Mozzarella
● Meadows Ice Cream 1L
● Meadows Pasta Sauce
● Meadows Home Aluminium Foil
● Vitapet Dry Cat Food
● Yu Pin King Raw Peanuts

POTONGAN HARGA DITAWARKAN KEPADA WARGA EMAS SETIAP SELASA

Selain menyerap kenaikan GST sebanyak satu peratusan selama enam bulan, Giant turut menawarkan potongan harga sebanyak 4 peratus di cawangan-cawangannya di merata Singapura kepada golongan warga emas setiap Selasa, sepanjang tahun depan.

Ini bermatlamat untuk membantu menangani kebimbangan yang kian meningkat dalam kalangan warga emas berhubung kos sara hidup dan memastikan barangan keperluan kegemaran mereka masih dimampui.

Giant juga menyatakan bahawa ia akan meneruskan kempennya 'Lower Prices That Last', yang dilancarkan pada 2020, bagi tujuan untuk menyediakan warga Singapura dengan produk runcit yang diperlukan seperti barangan segar, yang bermutu tinggi dan kekal dimampui.

Para pembeli boleh menikmati penjimatan itu dengan mendaftar untuk yuu Rewards Club dan memperolehi mata untuk setiap dolar yang dibelanjakan pada masa yang sama.

Mata terkumpul boleh ditebus untuk mendapatkan ganjaran di lebih 1,000 tempat, termasuk Giant, Cold Storage, CS Fresh, Guardian, dan 7-Eleven.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita