Giant, Bank Makanan SG anjur usaha kumpul derma makanan halal sempena Ramadan dan Hari Raya
Pelanggan boleh beli barangan makanan halal dan letakkan di tempat yang disediakan di 4 pasar raya Giant dari 13 Feb-30 Mac 2025. (Gambar: Giant)
- Inisiatif mengumpul derma selama tujuh minggu oleh pasar raya Giant itu dilakukan dengan kerjasama Bank Makanan Singapura (FBSG) yang dipanggil 'Share Giant Blessings'.
- 'Share Giant Blessings' dijalankan di empat pasar raya Giant - iaitu Tampines Hypermarket, IMM Mall, Pioneer Mall and Tengah Plantation Plaza.
- Dari 13 Februari hingga 30 Mac, anda boleh mendermakan barangan makanan halal kepada keluarga-keluarga kurang bernasib baik dengan pembelian di empat pasar raya Giant.
- Inisiatif mengumpul derma selama tujuh minggu oleh pasar raya Giant itu dilakukan dengan kerjasama Bank Makanan Singapura (FBSG) yang dipanggil 'Share Giant Blessings'.
- Derma makanan itu akan membantu lebih 1,000 keluarga di Pertapis dan Projek Ihsan, yang merupakan pertubuhan penerima bantuan di bawah rangkaian FBSG.
- Selain itu, potongan harga istimewa bagi barangan asas Ramadan dan Hari Raya juga diadakan dari 13 Februari hingga 9 April 2025.
Inisiatif mengumpul derma selama tujuh minggu oleh pasar raya Giant itu dilakukan dengan kerjasama Bank Makanan Singapura (FBSG) yang dipanggil 'Share Giant Blessings'.
Ia bertujuan meningkatkan jumlah barangan makanan halal untuk diagihkan kepada keluarga-keluarga Muslim kurang bernasib baik semasa bulan Ramadan dan Hari Raya.
'Share Giant Blessings' dijalankan di empat pasar raya Giant - iaitu Tampines Hypermarket, IMM Mall, Pioneer Mall and Tengah Plantation Plaza.
Derma makanan itu akan membantu lebih 1,000 keluarga di Pertapis dan Projek Ihsan, yang merupakan pertubuhan penerima bantuan di bawah rangkaian FBSG.
Anda boleh membeli barangan di empat pasar raya tersebut dan kemudian meletakkannya di pusat pengumpulan derma berdekatan tempat anda membuat bayaran.
"Musim perayaan ini adalah peluang untuk bersatu dan bermurah hati. Usaha mengumpul derma ini memperdalamkan kerjasama kami dengan Bank Makanan Singapura dan kami berharap untuk memanfaatkan kekuatan kami bersama untuk menyemarakkan kebahagian untuk keluarga-keluarga Muslim kita yang memerlukan semasa Ramadan dan Hari Raya.
"Kami berterima kasih atas peluang untuk membantu pelanggan kami yang kurang bernasib baik dan dengan sikap murah hati pelanggan kami, menyokong mereka yang memerlukan semasa musim (perayaan) ini," kata Pengarah Urusan Singapore Food, DFI Retail Group, Lim Boon Cheong.
Selain itu, potongan harga istimewa bagi barangan asas Ramadan dan Hari Raya juga diadakan dari 13 Februari hingga 9 April 2025.
Ini bagi memastikan pelanggan Muslim ada akses kepada barangan asas yang diperlukan.
Ini termasuk harga promosi bagi kurma, keperluan sarapan, barangan buat kuih, pembersihan serta snek Hari Raya.
'Share Giant Blessings' merupakan lanjutan usaha mengumpul derma makanan BeHer Together2 kendalian DFI Retail Group yang menyediakan secara kerap keperluan asas dan produk-produk berkhasiat untuk keluarga-keluarga yang memerlukan.
Sejak Disember 2020, lebih 20,000 makanan sudah didermakan menerusi pasar raya DFI dan diagihkan menerusi FBSG, yang mempunyai rangkaian lebih 300 pertubuhan penerima bantuan yang menyokong lebih 300,000 orang.
Dr Arthur Chin, Pengarah Eksekutif FBSG berkata: "Sementara musim perayaan menyuntik keceriaan bagi sebahagian orang, ia sukar bagi mereka yang berdepan dengan masalah. Atas semangat belas ihsan, Bank Makanan Singapura dan DFI Retail Group berganding bahu sekali lagi untuk membolehkan keluarga-keluarga kurang bernasib baik turut meeraikan musim perayaan ini."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.