Skip to main content

Singapura

Gerhana bulan 'berdarah' muncul di Singapura

Satu fenomena menakjubkan mewarnai langit Singapura malam ini (26 Mei) apabila penduduk dapat menyaksikan sendiri gerhana bulan penuh ‘berdarah’.

Anggaran Waktu Membaca:
Gerhana bulan 'berdarah' muncul di Singapura

Gerhana bulan 'berdarah' pada 26 Mei 2021. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 May 2021 11:43PM Dikemas Kini : 27 May 2021 06:13PM

BERITAmediacorp: Satu fenomena menakjubkan mewarnai langit Singapura malam ini (26 Mei) apabila penduduk dapat menyaksikan sendiri gerhana bulan penuh ‘berdarah’.

Fenomena gerhana bulan penuh atau dipanggil 'Super Flower Blood Moon' itu menyaksikan seluruh permukaan bulan tiba-tiba berubah warna kemerahan.

Ketika berlaku gerhana berkenaan, saiz bulan kelihatan begitu besar kerana berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi.

Pembentukan gerhana separa bermula pada sekitar 4.47 petang dan keadaan gerhana penuh bermula 7.11 malam dengan kemuncaknya berlaku selama 14 minit apabila matahari, bumi dan bulan berada dalam satu barisan.

Selepas itu ia memasuki fasa separa kedua dan gerhana berakhir sepenuhnya pada sekitar pukul 9.49 malam.

JELAS DILIHAT DI BEBERAPA TEMPAT DI S'PURA

Penduduk di negara ini bertuah apabila dapat melihatnya terus secara mata kasar.

Kiriman gambar daripada seorang penduduk di Punggol menunjukkan langit dan bulan jelas kelihatan kemerah-merahan meskipun diselubungi awan.

Fenomena itu muncul semula selepas kali terakhir kelihatan di Singapura pada 28 Julai 2018 dan akan berlaku lagi pada November tahun depan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita