Gereja peroleh ruang 19,000 kaki persegi di tingkat 4 Orchard Towers pada harga S$54.5 juta
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: CNA/Matthew Mohan
SINGAPURA: Sebuah gereja memperolehi ruang kira-kira 19,000 kaki persegi di tingkat empat Orchard Towers pada harga S$54.5 juta.
Berdasarkan perjanjian jual beli bagi hartanah itu, ia telah dijual kepada Cornerstone Heritage sekitar dua minggu lalu, lapor The Business Times (BT) pada Jumaat (31 Jan).
Hartanah tersebut dijual pada S$2,825 setiap kaki persegi berdasarkan jumlah keluasan strata 19,289 kaki persegi.
Antara pemegang saham Cornerstone Heritage ialah Yang Tuck Yoong dan Daphne Yip, pengasas dan paderi kanan Gereja Masyarakat Cornerstone, bersama Timothy Chong, seorang rakan paderi di gereja itu, lapor BT.
Dalam satu kenyataan di laman Gereja Masyarakat Cornerstone yang memperincikan pemerolehan ruang tersebut, Paderi Yang mengatakan ruang tersebut sebelum itu menempatkan sebuah kelab malam yang besar, Top 5, dan sebuah bar bernama Crazy Horse.
Beliau menambah bahawa gereja itu telah mencari ruang tambahan untuk menampung keperluan masyarakatnya yang semakin berkembang.
"(Jumlah) anggota kami di Cornerstone Bugis kian meningkat dan ramai hadirin dengan kanak-kanak akan meraih manfaat daripada lokasi Cornerstone yang lebih dekat dengan bahagian tengah Singapura," kata Paderi Yang.
"Tempat tetap di Orchard dengan potensi en bloc yang rendah juga bermakna operasi yang lebih mampan bagi anggota kami di dan kemungkinan membuka lebih banyak slot upacara bagi para anggota dalam beberapa bahasa pada hujung minggu juga."
Beliau juga berkata Orchard Towers mempunyai ruang runcit yang tersedia, yang menyediakan potensi peluasan ruang gereja di bandar itu, dan bahawa "tempat letak kereta yang mencukupi" akan memberi manfaat kepada anggota.
Menurut laman gereja, ia telah buat sekian lama beroperasi dari The Odeon Katong di Taman East Coast sejak 1997.
Gereja itu juga mengadakan upacara di dewan Golden Village di pusat beli-belah Bugis+.
Dalam seksyen senarai soalan yang seringkali diajukan (FAQ) di lamannya, gereja tersebut menarik perhatian bahawa pihaknya sebahagian besarnya "menggunakan wang simpanan yang dikumpulkan daripada beberapa tahun" bagi pembelian hartanah tersebut.
Dalam seksyen FAQ itu, gereja tersebut menyatakan pihaknya merancang untuk membina sebuah auditorium baharu di tapak itu dengan kira-kira 550 tempat duduk. Unit berkenaan yang terletak bertentangan auditorium itu pula boleh digunakan sebagai Gereja Kanak-Kanak Cornerstone, tambahnya.
Cornerstone, yang menurut lamannya mempunyai lebih 5,000 anggota, merupakan satu-satunya gereja di Singapura yang melabur dalam hartanah komersil dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.