Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gereja Katolik SG alu-alukan pemilihan Pope Leo XIV

Anggaran Waktu Membaca:
Gereja Katolik SG alu-alukan pemilihan Pope Leo XIV

Pope Leo XIV yang baru dipilih melambai-lambai dari balkoni Basilika St Peter di Vatican pada 8 Mei 2025. (Foto: Reuters/Stoyan Nenov)

Diterbitkan : 09 May 2025 10:14AM Dikemas Kini : 09 May 2025 10:15AM
SINGAPURA: Gereja Katolik di Singapura pada Jumaat (9 Mei) meraikan pemilihan Pope Leo XIV, yang menggantikan mendiang Pope Francis.

Robert Francis Prevost ialah Pope pertama dari Amerika Syarikat. Beliau dipilih pada Khamis (8 Mei) selepas para kardinal memilihnya untuk memimpin 1.4 bilion penganut Katolik di seluruh dunia.

"Gereja Katolik Singapura berterima kasih dan mengalu-alukan pemilihan Pope baharu," menurut gereja tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat (9 Mei).

Ia menambah: "Kami bergembira dan berbesar hati dengan pemilihan Pope Leo XIV sebagai pengganti dan pemimpin baharu Gereja Roman Katolik.

"Gereja Roman Katolik Singapura bersama-sama dengan gereja-gereja Katolik di merata dunia mendoakan yang terbaik buat Pope Leo XIV sedang beliau memulakan tugas baharunya."

Berusia 69 tahun, Pope Leo telah menghabiskan sebahagian besar kerjayanya di Peru. Beliau berkhidmat sebagai biskop di Chiclayo, barat laut Peru dari 2015 hingga 2023, dan menjadi warga Peru pada 2015. Beliau memegang dua kerakyatan - Amerika dan Peru.

Pope Leo akan memimpin misa pada Jumaat (9 Mei)untuk para kardinal di Gereja Kecil Sistine dan kemudian satu acara keagamaan di Dataran St Peter pada Ahad (11 Mei).
Sumber : CNA/fh(mi)/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan