Gerbang ikonik Jalur Budaya Geylang Serai lambang warisan Melayu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jalur Budaya Geylang Serai bukan sekadar peningkatan infrastruktur; ia merupakan usaha penting dalam mempromosikan dan melestarikan warisan budaya Melayu.
Kawasan itu dijangka menjadi lebih semarak dan menarik buat rakyat Singapura dan juga pengunjung dari luar negeri.
Selama kira-kira setahun, kerja-kerja peningkatan telah dijalankan di tiga lokasi utama, iaitu di sekitar Joo Chiat Complex, Pasar Geylang Serai, dan persimpangan utama Geylang Road dan Joo Chiat Road.
Gerbang ikonik yang berdiri megah di simpang empat kini menjadi pintu masuk utama ke Jalur Budaya Geylang Serai.
Ia tidak hanya mempamerkan keindahan seni bina Melayu tetapi juga melambangkan peralihan daripada penempatan tradisional kepada kawasan masyarakat yang moden dan bersemangat.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman berkata gerbang di persimpangan jalan raya itu adalah yang pertama di Singapura dan sesuatu yang boleh dibanggakan.
Tambahnya, rekaan gerbang itu diinspirasikan daripada bumbung rumah kampung Melayu itu melambangkan visi masyarakat untuk menuju ke hadapan.
"Salah satu kebanggaan kami ialah gerbang di persimpangan Geylang Serai ini. Ini merupakan pusat di mana sesiapa yang kata Geylang Serai, tahu di mana persimpangan ini. Malah, gerbang tersebut menunjukkan visi kita, bukan sahaja melambangkan penghargaan kita kepada budaya Melayu kita yang menunjukkan inspirasi ini adalah daripada bumbung rumah kampung Melayu kita. Tapi ia menunjukkan visi kita untuk menuju ke hadapan. >>
Selain itu, beliau berkata bahawa usaha menyuntik kesegaran dalam kawasan Jalur Budaya Geylang Serai tetap mengekalkan warisan budaya Melayu.
Encik Maliki berkata: "Ia mencirikan kebudayaan dan warisan Melayu. Kita lihat di persimpangan jalan Geylang Serai, motif-motif yang diadakan menunjukkan motif-motif kain songket. Ia melambangkan warisan yang kita hargai di sini. Kedua ialah tempat-tempat duduk semua menunjukkan lambang lambang warisan Melayu kita ni. Saya harap para pengunjung lebih-lebih lagi anak muda kita akan mendapat inspirasi menerusi apa yang mereka lihat supaya mereka tahu ciri ciri dan budaya kita menerusi tempat-tempat yang kita adakan."
LEBIH BANYAK KEMUDAHAN DI PASAR GEYLANG SERAI
Di Pasar Geylang Serai, beberapa kemudahan baru telah ditambah.
Ini termasuk tempat letak basikal tambahan, laluan pejalan kaki dan basikal yang lebih luas, serta kawasan rehat dan kemudahan khas untuk golongan berkerusi roda.
"Memandangkan perubahan sekarang ini cik rasa memang cukup memuaskan untuk berehat, sambil jalan-jalan, pergi pasar, ada tempat mereka berehat," kata Cik Aisha Salim, seorang pengunjung.
Di Joo Chiat Complex yang bertentangan, sebuah kanopi baru telah dibina di pintu masuk.
Sebuah pavilion, tempat permainan kanak-kanak, kawasan rehat dan laluan penghubung terlindung ke perhentian bas dibina bagi kemudahan pengunjung.
Ruang terbuka di hadapannya kini sesuai untuk pelbagai aktiviti kebudayaan dan masyarakat
"Pada saya ini adalah satu perkembangan yang baik kerana boleh memberikan pendedahan kepada kumpulan-kumpulan seni tempatan untuk mereka memberi persembahan pada bila-bila masa yang diadakan," menurut penggiat seni, Encik Ariffin Abdullah.
Selain itu, permukaan Pasar Geylang Serai dan Joo Chiat Complex telah dihias dengan cat baru dan lampu berwarna-warni, memberi wajah baru yang ceria dan meriah.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.