Geran tunai, skim pinjaman dipertingkat antara langkah bantu syarikat urus tekanan aliran tunai
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Daripada geran tunai untuk syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) hingga akses lebih mudah kepada pinjaman perniagaan, pemerintah pada Rabu (29 Jul) mengumumkan pelbagai langkah bantuan kewangan bagi membantu syarikat-syarikat menangani tekanan kos di tengah-tengah perang di Timur Tengah.
Pakej itu, yang melengkapi langkah-langkah yang diumumkan pada April, menelan belanja sekitar S$900 juta, kata Menteri Kedua Kewangan Jeffrey Siow dalam satu sidang media.
"Kami percaya ini adalah respons yang tepat berdasarkan keadaan ekonomi ketika ini," katanya.
Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa dua pertiga daripada pakej S$900 juta itu akan digunakan untuk membantu isi rumah, manakala selebihnya diperuntukkan bagi membantu perniagaan, termasuk sokongan sewa kepada penjaja dan pegerai pasar.
Pada April lalu, Singapura bertindak pantas mengurangkan kesan awal kejutan harga tenaga menerusi pakej bantuan S$1 bilion bagi isi rumah, perniagaan dan pekerja yang terjejas, kata Encik Siow.
Langkah bantuan yang diumumkan pada April itu termasuk mempercepatkan pengagihan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bagi 2027 ke Jun 2026, selain meningkatkan rebat cukai pendapatan korporat dan Bayaran Khas Kos Sara Hidup yang diumumkan dalam Belanjawan 2026.
Dengan pakej kedua ini, jumlah keseluruhan bantuan pemerintah mencecah sekitar S$2 bilion, selain langkah-langkah lain yang diperuntukkan dalam Belanjawan tahun ini.
"Buat masa ini, kami menjangkakan kementerian dan agensi akan menggunakan peruntukan yang telah diluluskan di bawah Akta Peruntukan. Belanjawan tambahan akan dibentangkan jika perlu," kata Encik Siow.
Beliau berkata, keutamaan pakej bantuan April adalah untuk bertindak pantas membantu perniagaan menyesuaikan diri dengan kejutan yang berlaku secara tiba-tiba.
Bagi pakej kedua pula, pemerintah boleh memberi tumpuan kepada syarikat yang terjejas akibat gangguan rantaian bekalan dan kos tenaga, serta syarikat yang lebih kecil dan mempunyai penampan kewangan yang lebih terhad.
"Yang penting ialah pemerintah responsif terhadap maklum balas dan perubahan dalam persekitaran global, dan kami mahu terus berbuat demikian jika perlu," katanya.
LANGKAH BANTUAN BAGI PERNIAGAAN
Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Low Yen Ling berkata, pemerintah memahami kebimbangan syarikat terhadap peningkatan kos operasi dan aliran tunai.
"Kami mahu membantu mereka mengurus kos dalam jangka pendek, di samping memberi sokongan yang diperlukan untuk membuat penyesuaian perniagaan bagi jangka panjang," katanya.
Bagi tujuan itu, pemerintah akan memberikan geran tunai sekali sahaja kepada SME bagi membantu keperluan aliran tunai mereka.
SME yang aktif dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja tempatan, layak menerima S$500 bagi setiap pekerja tempatan, tertakluk kepada had maksimum S$2,500 bagi setiap syarikat.
Perniagaan tunggal, perkongsian serta perkongsian liabiliti terhad yang layak, yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemilik perniagaan tempatan tetapi tiada pekerja tempatan, turut akan menerima geran tetap sebanyak S$500.
Perniagaan yang layak tidak perlu membuat permohonan. Geran itu akan disalurkan pada November tahun ini.
Cik Low berkata, lebih 160,000 perniagaan akan meraih manfaat daripada geran tunai itu.
Beliau menambah, terdapat pelbagai usaha sedia ada untuk menyokong SME, justeru geran tunai itu tidak seharusnya dilihat secara berasingan.
Selain geran sekali sahaja itu, Skim Pembiayaan Perusahaan yang diperkenalkan pada Oktober 2019 akan dipertingkat dari September tahun ini hingga Mac tahun depan.
Di bawah skim itu, jika sesebuah syarikat gagal membayar balik pinjaman, pemiutang boleh mendapatkan semula sebahagian kerugian daripada Enterprise Singapore (EnterpriseSG).
Perkongsian risiko pemerintah akan dinaikkan daripada 50 peratus kepada 70 peratus bagi skim Pinjaman Modal Kerja SME, yang membantu aliran tunai operasi harian SME, serta skim Pinjaman Projek yang menyediakan pembiayaan bagi projek luar negara yang sudah diperoleh.
Bagi skim Pinjaman Projek, perlindungan kini diperluas untuk merangkumi projek dalam negara yang dikendalikan syarikat binaan tempatan.
Menurut Cik Low, langkah itu akan membantu syarikat tempatan mendapatkan pembiayaan dengan lebih mudah bagi memenuhi keperluan aliran tunai mereka.
BERSEDIA BERTINDAK
Mengenai perang di Timur Tengah, Encik Siow berkata, "senario paling buruk" melibatkan gangguan besar di Teluk Parsi berjaya dielakkan, namun keadaan masih rapuh.
Pertempuran kembali tercetus dan gencatan senjata yang berkekalan antara Amerika Syarikat dengan Iran sukar dicapai, katanya.
Encik Siow berkata Singapura bersedia bertindak sekiranya keadaan di Timur Tengah berubah, sambil menambah, pemerintah sentiasa berhubung dengan persatuan perdagangan, perniagaan, kesatuan sekerja, pekerja, pemimpin akar umbi dan penduduk.

Sumber : CNA/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.