Skip to main content

Singapura

Geran S$1 juta bagi cabaran cari huraian kaedah makanan yang baru

Anggaran Waktu Membaca:
Geran S$1 juta bagi cabaran cari huraian kaedah makanan yang baru

Protein Solein. (Gambar: Sumber Web)

Diterbitkan : 26 Oct 2022 10:05PM
SINGAPURA: Singapura sedang mencari syarikat besar seterusnya bagi pertanian bandar atau pengeluar protein alternatif.

Singapura menawarkan geran sehingga S$1 juta untuk membantu memasarkan produk-produk yang dihasilkan secara komersil.

Cabaran 'Food Grand Challenge', oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Temasek itu diumumkan semasa Persidangan Inovasi Agri-Makanan pada Rabu (26 Okt).

"Kita kini berada di permulaan revolusi pertanian ke-4. Memandangkan cabaran perubahan iklim ke atas pengeluaran makanan, industri tersebut perlu memanfaatkan teknologi untuk mengatasi rintangan serta meningkatkan penghasilan, namun dengan cara lebih mampan," kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Grace Fu.

Singapura juga sedang meninjau makanan baru demi meningkatkan jaminan bekalan makanannya.

Penjualan makanan yang mengandungi serbuk protein Solein sudah diluluskan.

Ia diperbuat menggunakan mikro-organisma dan bukan bahan dari haiwan atau hasil pertanian.

Menurut syarikat pengeluarnya asal Finland, Solar Food, serbuk tersebut mampu menjadi pengganti atau pelengkap bahan protein sedia ada.

Ia dijangka dipasarkan secara komersil pada 2024.
Sumber : CNA/IQ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita