Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Geran S$23 juta diberikan kepada 3 syarikat penjanaan kuasa bagi projek kecekapan tenaga

Geran bernilai S$23 juta diberikan kepada tiga syarikat penjanaan kuasa oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) bagi membiayai projek-projek kecekapan tenaga yang berupaya mengurangkan pelepasan karbon, menurut penguasa tersebut pada Selasa (27 Okt).  

Anggaran Waktu Membaca:
Geran S$23 juta diberikan kepada 3 syarikat penjanaan kuasa bagi projek kecekapan tenaga
Diterbitkan : 27 Oct 2020 12:46PM Dikemas Kini : 27 Oct 2020 02:26PM

SINGAPURA: Geran bernilai S$23 juta diberikan kepada tiga syarikat penjanaan kuasa oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) bagi membiayai projek-projek kecekapan tenaga yang berupaya mengurangkan pelepasan karbon, menurut penguasa tersebut pada Selasa (27 Okt).

Ketiga-tiga syarikat itu adalah Senoko Energy, Tuas Power Generation dan YTL PowerSeraya.

Semasa mengumumkannya sempena Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW), Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Tan See Leng berkata bahawa langkah itu "hanya satu aspek" yang sedang diusahakan Singapura untuk mencapai masa depan tenaga yang lebih bersih dan cekap.

Meskipun Singapura sedang beralih kepada sumber tenaga lebih bersih, gas asli cecair (LNG) akan terus menjadi sebahagian besar daripada dalam campuran tenaga Singapura dalam masa terdekat ini, tambahnya lagi.

Dr Tan turut menarik perhatian bahawa gas asli membentuk 26 peratus daripada campuran tenaga Singapura pada 2001, dan sudah meningkat kepada 95 peratus hari ini.

Geran-geran tersebut adalah sebahagian daripada Tawaran Geran Kecekapan Tenaga Genco - di bawah Pakej Kecekapan Tenaga Industri Dipertingkatkan - yang akan membiayai bersama sehingga 50 peratus projek kecekapan tenaga oleh syarikat-syarikat penjanaan kuasa. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan