Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Geran Perumahan CPF yang dinaikkan dapat kurangkan beban kewangan keluarga muda, pilih flat jualan semula

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Langkah menaikkan Geran Perumahan CPF amat dialu-alukan pembeli flat kali pertama lebih-lebih lagi bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

Selain dapat mengurangkan beban kewangan mereka, ia juga membantu pasangan muda untuk singkatkan lagi waktu menunggu dengan membeli flat jualan semula berbanding flat Bina Ikut Tempahan (BTO).

Antara mereka yang meraih manfaat daripada langkah itu ialah Encik Mohamad Fairuz Mohamad Mahsus dan isterinya.

Setelah menimang cahaya mata sulung mereka, Encik Fairuz dan isterinya mengambil keputusan untuk membeli rumah mereka sendiri.

Bagi mereka, rumah jualan semula menjadi pilihan kerana tempoh menunggu yang lebih singkat.

GERAN PERUMAHAN CPF DINAIKKAN

Ini lebih-lebih lagi apabila mereka menerima bantuan Geran Perumahan CPF.

Tahun lalu, geran itu dinaikkan dan mereka menerima bantuan bernilai S$80,000.

Itu bagi pembeli kali pertama flat 2 hingga 4 bilik. Geran itu dinaikkan berbanding $50,000 sebelumnya.

"Para pembeli flat kali pertama lazimnya baru mendirikan rumah tangga. Ada tanggungan bagi anak-anak. Banyak faktor kewangan perlu dipertimbangkan. Selain itu, kita mahu dekat dengan keluarga kami, jadi daerah Woodlands kebanyakan BTO baru naik, jangka masa amat panjang. Jadi kita lebih rela beli flat jualan semula," kongsi Encik Fairuz kepada wartawan Nur Arina Ahmad Anis.

Sebagai pencari nafkah tunggal keluarganya, Encik Fairuz meluahkan rasa lega kerana boleh membayar pinjaman HDB tanpa mengeluarkan wang tunai.

KURANGKAN BEBAN KEWANGAN KELUARGA MUDA

Katanya, geran yang dinaikkan itu juga dapat mengurangkan beban kewangannya.

"Saya tak perlu menambah wang tunai untuk membayar pinjaman rumah. Jadi semua dipotong secara CPF. Anak saya baru berusia 2 tahun. Sekarang baru mula sekolah. Bayaran sekolah juga saya boleh tumpukan untuk pembelajaran anak saya. Jadi saya tak payah risau tentang bayaran rumah," kata Encik Fairuz, yang kini mencecah usia 40 tahun.

Menurut Lembaga Pembangunan dan Perumahan(HDB), lebih 11,000 keluarga sudah meraih manfaat daripada geran itu.

Jumlah itu 31 peratus lebih banyak berbanding tempoh yang sama pada 2022.
Sumber : CNA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan