Skip to main content

Singapura

Geran CiTEG dibuka sehingga 31 Jan

Permohonan bagi Geran Acara Masyarakat Yang Peka Terhadap Penterjemahan (CiTEG) untuk tempoh kitaran Januari kini dibuka.

Anggaran Waktu Membaca:
Geran CiTEG dibuka sehingga 31 Jan

Bengkel penterjemahan di Maktab Rendah Yishun Innova. (Gambar fail: BERITAmediacorp)

SINGAPURA: Permohonan bagi Geran Acara Masyarakat Yang Peka Terhadap Penterjemahan (CiTEG) untuk tempoh kitaran Januari kini dibuka.

CiTEG adalah sebuah geran yang ditubuhkan oleh Jawatankuasa Penterjemahan Nasional (NTC) yang menyediakan sokongan bagi acara tertumpu kepada penterjemahan, memaparkan sekurang-kurangnya dua bahasa berikut: Inggeris, Cina, Melayu dan/atau Tamil.

Pemohon yang berminat boleh menyerahkan permohonan untuk membiayai perbelanjaan bagi penganjuran acara yang tertumpu kepada penterjemahan seperti pertandingan, pameran, seminar, ceramah dan bengkel. Pemohon juga boleh mencadangkan untuk menganjurkan acara tertumpu kepada penterjemahan secara online seperti kuliah, webinar atau pertandingan dalam talian.

Tempoh permohonan bagi kitaran permohonan kali ini dibuka sehingga 31 Januari, termasuk tarikh tersebut, bagi acara-acara yang disyorkan bermula antara 1 April dengan 31 Ogos 2022.

Permohonan yang diterima di luar tempoh berkenaan hanya akan dinilai pada pusingan permohonan seterusnya.

Pemohon dibenarkan untuk menyerahkan hanya satu acara yang dicadangkan bagi setiap kitaran permohanan, tertakluk kepada had geran S$10,000 bagi setiap acara.

Geran tidak meliputi penerbitan bahan-bahan diterjemah kendiri seperti buku. Bagaimanapun, permohonan untuk acara berkaitan dengan produk yang diterbitkan, dialu-alukan.

Pemohon perlu menyerahkan Borang Permohonan bersama-sama dokumen sokongan relevan melalui Borang Penyerahan Permohonan CiTEG di laman https://go.gov.sg/citeg-submit.

Dokumen permohonan boleh dimuat turun dari laman Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) di https://www.mci.gov.sg/CiTEG.

Terdapat tiga tempoh permohonan bagi CiTEG setiap tahun.

Dua pusingan permohonan selanjutnya akan diadakan pada Mei dan September.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita