Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Geran baru S$4 juta bantu prasekolah manfaat huraian digital 3 tahun mendatang

Satu geran baru bernilai S$4 juta dilancarkan hari ini (16 Okt) untuk membantu pusat-pusat prasekolah mengurangkan kos memanfaatkan huraian digital yang sudahpun diluluskan sepanjang tiga tahun mendatang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Oct 2021 01:27PM Dikemas Kini : 16 Oct 2021 11:46PM

SINGAPURA: Satu geran baru bernilai S$4 juta dilancarkan hari ini (16 Okt) untuk membantu pusat-pusat prasekolah mengurangkan kos memanfaatkan huraian digital yang sudahpun diluluskan sepanjang tiga tahun mendatang.

Huraian-huraian digital itu termasuk e-bayaran dan sistem e-pendaftaran, pengunaan analitik data untuk menganalisis dan mengendalikan operasi secara automatik serta latihan secara maya bagi para pendidik prasekolah.

Ia diliputi di bawah pelan digital industri tiga peringkat yang menyenaraikan huraian-huraian yang boleh dimanfaatkan pusat-pusat prasekolah di setiap peringkat pembangunan, menurut Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) dalam satu kenyataan media.

"ECDA dan IMDA mempunyai huraian-huraian yang sudahpun diluluskan, yang akan membantu prasekolah dalam operasinya di setiap peringkat persiapan digital," menurut agensi itu.

"Huraian-huraian ini disokong oleh para penyedia khidmat bertauliah dan dipilih untuk memudahkan pelaksanaan mudah dan pantas oleh prasekolah," tambah kenyataan itu.

"Selain pihak pengurusan prasekolah, para pengendali dan pendidik juga boleh menjangkakan huraian baru bagi e-pendaftaran dan analitik data untuk operasi pusat mulai awal November. Lebih banyak huraian-huraian yang diluluskan akan ditambah secara bertahap-tahap."

Mengumumkan Geran Pendigitalan Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli berkata: "Di bawah IDP (pelan digital industri), prasekolah-prasekolah anda boleh mendapatkan huraian-huraian IT yang sudahpun diluluskan. Ini boleh membantu mereka mengurangkan masa yang diambil untuk menjalankan tugas rutin bahkan membantu memberi kemas kini kepada golongan ibu bapa dengan lebih mudah lagi.

"Pusat-pusat prasekolah juga boleh meninjau-ninjau huraian baru untuk membantu mereka melakukan e-pendaftaran kanak-kanak dan memanfaatkan analitik data untuk mengendalikan pusat-pusat presekolah kami dengan lebih baik lagi.

Para pengendali kini boleh menyerahkan permohonan geran menerusi Portal Geran Perniagaan.

MELUASKAN PEMBANGUNAN, SOKONGAN PEMBELAJARAN

ECDA juga akan meluaskan sokongan pembangunan - program sokongan pembelajaran kepada lebih banyak prasekolah. Program itu membolehkan kanak-kanak yang memerlukan bantuan intervensi awal peringkat rendah mendapat akses kepada khidmat sedemikian di prasekolah.

Matlamatnya adalah untuk setiap prasekolah melantik salah seorang kakitangannya sebagai penyeleras usaha inklusif mulai separuh kedua 2023. Mereka akan bekerjasama dengan para pendidik pembangunan awal kanak-kanak untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin memerlukan sokongan pembangunan untuk dinilai awal, jelas ECDA.

Mereka juga akan memberi para pendidik dan ibu bapa "sumber dan khidmat intervensi awal yang relevan".

Pusat-pusat prasekolah boleh menjangkakan latihan bagi para penyelaras itu menjelang hujung tahun ini, dedah Encik Masagos.

"Selain mempertingkat latihan profesional dan mutu prasekolah bagi membawa manfaat kepada semua kanak-kanak, kami juga sedang menjadikan prasekolah kami lebih inklusif dan menambah sokongan bagi kanak-kanak dengan keperluan pembangunan," kata Encik Masagos.

Program itu akan meliputi 60 peratus kanak-kanak presekolah. yang berusia antara lima dengan enam tahun, menjelang 2025 dan 80 peratus daripada mereka dalam jangka panjang, menurut ECDA dalam kenyataan medianya.

MSF juga akan merintis sebuah Progam Sokongan Inklusif yang baru di pusat-pusat prasekolah terpilih bagi kanak-kanak yang memerlukan intervensi awal di peringkat sederhana dan akan mengeluarkan perincian lanjut kelak, dedah Encik Masagos.

Bagi kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah, tokokan tahunan ke dalam akaun pembangunan anak (CDA) akan diperkenalkan sebagai sebahagian daripada inisiatif Growing Together bersama KidSTART.

Setiap kanak-kanak KidSTART akan menerima S$100 setiap seorang, setiap tahun dia hadir dengan kerap ke sekolah hingga mencecah usia enam tahun, menurut seorang jurucakap ECDA dalam menjawab pertanyaan media.

Kanak-kanak juga layak menerima tokokan tambahan sekali sahaja apabila mereka berdaftar ke prasekolah, tambah ECDA.

Tokokan sekali sehaja itu akan ditambah menjadi S$200 sekiranya mereka mendaftar masuk ke prasekolah antara usia tiga dengan empat tahun, berbanding S$100 bagi mereka yang didaftarkan pada usia lebih empat tahun, kata jurucakap itu.

Pemerintah juga baru-baru ini mengumumkan tokokan tambahan S$200 ke dalam Akaun Pembangunan Anak (CDA) untuk semua kanak-kanak rakyat Singapura berusia enam tahun dan ke bawah, kata Emcik Masagos.

"Ini akan memberi manfaat kepada semua keluarga dengan membantu mengurangkan kos membesarkan seorang anak. Namun, kami akan menambah lagi bantuan. Kami akan menyediakan lebih banyak sokongan kepada keluarga dan kanak-kanak yang berdaftar dan kerap menyertai prasekolah dan kegiatan KidSTART menerusi bayaran tambahan CDA setiap tahun.

Ini adalah untuk menggalak keluarga-keluarga mendaftarkan anak mereka ke prasekolah pada usia lebih awal dan kerap menghadiri prasekolah, menurut ECDA.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan