Geran baru galak lebih banyak majikan sedia kemudahan persalinan bagi pekerja berbasikal, jalan ke tempat kerja
Lebih banyak dana akan diperuntukkan untuk membantu tempat-tempat kerja menyediakan kemudahan seperti tempat mandi dan bilik persalinan untuk menggalak pekerja berjalan kaki, lari atau berbasikal ke tempat kerja.
(Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Lebih banyak dana akan diperuntukkan untuk membantu tempat-tempat kerja menyediakan kemudahan seperti tempat mandi dan bilik persalinan untuk menggalak pekerja berjalan kaki, lari atau berbasikal ke tempat kerja.
Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Sabtu (2 Nov).
Menurut LTA, geran baru itu bertujuan menggalak pergerakan aktif dan akan menyediakan subsidi sehingga 80 peratus daripada kos binan bagi kemudahan sedemikian.
Ia juga akan menyediakan sehingga S$80,000 bagi setiap pembangunan untuk memasang ciri-ciri keselamatan.
Menteri Negara Kanan Pengangkutan Janil Puthucheary berkata: "Kami berharap geran ini akan membantu pemaju menyediakan kemudahan tersebut dalam perniagaan, taman perusahaan dan kemudahan komersil untuk menggalak orang ramai memilih jenis pengangkutan awam serta menggalak pergerakan aktif."
Geran itu adalah peningkatan kepada skim yang ada dan mempunyai ukur tara kelayakan yang lebih luas.
Ia termasuk projek bangunan bagi perusahaan ringan yang boleh juga memohon geran baru itu. Ia sebelum ini dihadkan kepada pejabat.
Permohonan ditutup ada Jun 2021.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.