Gerakan SHE BRILLIANCE kumpul S$10,000 bantu perkasa golongan wanita memerlukan
Golongan karyawan wanita akan mempunyai lebih banyak peluang untuk mengembangkan rangkaian dan mendapat bimbingan bagi membantu mereka memajukan kerjaya.
SINGAPURA: Golongan karyawan wanita akan mempunyai lebih banyak peluang untuk mengembangkan rangkaian dan mendapat bimbingan bagi membantu mereka memajukan kerjaya.
Presiden Halimah Yacob berkata peluang wanita untuk maju dalam kerjaya mereka terhambat oleh kurangnya rangkaian sedemikian untuk mereka.
Beliau berkata demikian di majlis perasmian gerakan SHE BRILLIANCE.
Di bawah program itu, para usahawan dan pemimpin kanan perniagaan mengadakan bengkel-bengkel interaktif yang meliputi topik-topik seperti kepimpinan, pemasaran digital dan keusahawanan.
Sejak dilancarkan pada September lalu, gerakan SHE BRILLIANCE sudah berkembang melibatkan lebih daripada 60 mentor di pelbagai industri termasuk perbankan, teknologi kewangan dan jagaan kesihatan.
Di majlis perasmiannya ini juga, dana sebanyak $10,000 berjaya dikumpulkan untuk badan amal "Daughters of Tomorrow".
Wang itu akan digunakan untuk membantu wanita-wanita yang kurang bernasib baik untuk berdikari dari segi kewangan dan pekerjaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.