Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gerakan nasional dilancarkan sokong penghidap demensia

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura melancarkan kempen gerakan nasional untuk menyokong dengan lebih baik lagi, penghidap demensia.

Di pelancarannya, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli berkata kepada Mediacorp pada ahad (20 N0v) bahawa setiap orang boleh memainkan peranan.

Gerakan itu katanya, akan mengukuhkan rangkaian mesra demensia yang sedia ada melalui integrasi perkhidmatan yang lebih baik.

Di bawah inisiatif "Dementia-FriendlySG" itu
lebih 200 cawangan NTUC FairPrice dan Sheng Siong ditetapkan sebagai "tempat-tempat dituju."

Lebih seribu kakitangan mereka dilatih untuk mengesan orang-orang yang kelihatan keliru, yang hilang dan cemas serta membantu menyatukan mereka semula dengan penjaga mereka.

Satu kerjasama strategik antara "Dementia Singapura" dan Agensi Penjagaan Bersepadu juga dijalin. Mereka akan bersama-sama membangunkan inisiatif dan rangkaian untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat.
Sumber : CNA/MM/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan