Gerakan buruh 'kecewa' pemberhentian kakitangan Yahoo, Ninja Van sebelum Hari Buruh

(Gambar: AFP, Ninja Van)
"Kami faham bahawa syarikat harus menjalankan langkah menyusun semula struktur dari masa ke semasa, namun mereka patut bertimbang rasa mengenai bila langkah itu dilaksanakan dan elak melakukannya pada tempoh sebegini," tegas gerakan buruh itu dalam kenyataan media pada Selasa (30 Apr).
Syarikat logistik Ninja Van memaklumkan kepada Mediacorp pada Selasa bahawa syarikat tersebut memberhentikan kira-kira 10 peratus pasukan teknologi serantau, berikutan penilaian kos baru-baru ini.
Kedua-dua Ninja Van dan Yahoo tidak disenaraikan dalam pergerakan buruh.
NTUC menyatakan kesatuan berkaitan dengannya, iaitu Kesatuan Media Kreatif dan Penerbitan (CMPU) dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Rantaian Bekalan Singapura (SCEU), akan menghubungi anggota cawangan am untuk menawarkan bantuan kepada kakitangan yang mungkin terjejas.
NTUC juga menggesa syarikat-syarikat agar mematuhi prinsip panduan dalam Rangka Kerja Pemberhentian Adil NTUC, yang bertujuan melindungi teras tenaga kerja Singapura, melindungi pekerjaan dan menawarkan bantuan pekerjaan.
Kakitangan Yahoo yang terjejas boleh menghubungi CMPU untuk mendapatkan bantuan, manakala kakitangan Ninja Van yang dipecat boleh menghubungi SCEU, tambah NTUC.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.