Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gerakan buruh akan bantu perniagaan ubah model perniagaan, tingkat peluang pekerja

Gerakan buruh NTUC diseru supaya meningkatkan usaha bagi membantu syarikat-syarikat mengubah perniagaan masing-masing dengan menggunakan teknologi dan mencipta pekerjaan baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Gerakan buruh akan bantu perniagaan ubah model perniagaan, tingkat peluang pekerja

Gambar fail: Facebook/Ng Chee Meng

Diterbitkan : 17 Nov 2021 01:07PM Dikemas Kini : 17 Nov 2021 11:46PM

SINGAPURA: Gerakan buruh NTUC diseru supaya meningkatkan usaha bagi membantu syarikat-syarikat mengubah perniagaan masing-masing dengan menggunakan teknologi dan mencipta pekerjaan baru.

Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat berkata menerusi pelbagai wadah seperti Jawatankuasa Latihan Syarikat atau CTC, NTUC boleh meningkatkan prospek pekerjaan bagi pekerja.

Beliau berkata demikian dalam satu persidangan NTUC pada Rabu (17 Nov) di mana gerakan buruh itu membuat penilaian terhadap inisiatif yang dilaksanakan dalam tempoh kebelakangan ini.

"Kita harus mengukuhkan kerjasama tentang cara lebih baik untuk menyokong syarikat dalam usaha inovasi dan transformasi mereka, cara membangunkan tenaga kerja kita dengan mereka bentuk pekerjaan yang lebih baik dan lebih relevan serta program latihan yang lebih relevan, bagaimana untuk membina budaya di tempat kerja dan membangunkan kerjaya sumber manusia supaya mereka juga boleh menjadi rakan kerja dalam perubahan ini, dan cara untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada pekerja kita, dan menarik lebih banyak syarikat dan pekerja untuk menyertainya," kata Encik Heng yang juga merupakan Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi.

Sehubungan itu, beliau juga meminta gerakan buruh itu, melakukan perubahannya sendiri agar dapat memberi khidmat lebih baik kepada pekerja.

Ini, katanya, boleh dilakukan menerusi alat-alat digital seperti aplikasi yang baru dilancarkan agar pekerja dapat mengikuti kursus-kursus ringkas.

Aplikasi Learning Experience Platform atau LXP itu kini mempunyai 75,000 kursus dalam 60 kategori.

Bayaran langganan tahunan bagi aplikasi itu, tidak lebih S$10 sebulan.

Pekerja boleh menggunakan Kredit SkillsFuture untuk membayarnya.

Sumber : CNA/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan