Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gerakan buruh akan bantu pekerja tangani inflasi: Ng Chee Meng

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Aug 2022 06:45PM Dikemas Kini : 06 Aug 2022 10:54PM

SINGAPURA: Pergerakan buruh akan terus membantu pekerja menangani inflasi yang meningkat.

Ia sebagai sebahagian daripada usaha memperbaharui kompak sosial dengan mereka.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) Ng Chee Meng berkata antara huraian jangka panjang adalah untuk meningkatkan kemahiran pekerja menerusi latihan. 

Ini agar mereka boleh mendapatkan pekerjaan yang menawarkan gaji lebih tinggi. 

Sementara itu, harga barang keperluan asas akan dikekalkan menerusi perusahaan sosialnya seperti pasar raya NTUC Fairprice. 

Turut menjadi keutamaan NTUC adalah usaha menangani keperluan tenaga kerja masa depan Singapura. 

Encik Ng berkata Pasukan Bertindak Belia NTUC yang baru ditubuhkan akan mendampingi golongan tersebut serta lebih memahami keperluan bagi mengimbangi kerjaya dengan kehidupan.

Selain itu, NTUC juga akan terus memperjuangkan keperluan golongan pekerja lain seperti pekerja platform misalnya. 

Encik Ng berkata  pekerja tersebut berhak mendapatkan perlindungan perubatan dan bekerja dalam keadaan yang lebih baik.

Gerakan buruh juga menggesa agar lebih ramai pekerja bergaji rendah disertakan di bawah Model Gaji Progresif (PWM).

Bagi pekerja lebih dewasa, peningkatan kemahiran akan menjadikan mereka bersedia untuk transformasi perusahaan.

Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan