Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gerakan 'Beyond The Label' NCSS tangani kesan COVID-19 ke atas kesihatan mental

Mereka yang mengalami tekanan akibat COVID-19 menjadi golongan tumpuan bagi kempen terkini kesihatan mental di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Sep 2020 07:14PM Dikemas Kini : 24 Sep 2020 08:52PM

SINGAPURA: Mereka yang mengalami tekanan akibat COVID-19 menjadi golongan tumpuan bagi kempen terkini kesihatan mental di Singapura.

Edisi ketiga kempen tahunan 'Beyond The Label' dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli pada Khamis (24 Sep).

Sebuah filem pendek mengisahkan seorang pencari nafkah yang hilang mata pencarian ditayangkan semasa pelancaran maya kempen itu hari ini.

Encik Masagos berkata kisah-kisah sedemikian adalah satu kebiasaan. Maka, beliau menekankan peri pentingnya langkah mencari bantuan dan mendapatkan sokongan keluarga.

Satu tinjauan oleh Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) pada Mei lalu mendapati rakyat Singapura mengalami lebih banyak tekanan psikologi semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan.

Pada tempoh yang sama juga, NCSS mendapati jumlah pengguna robot bantuannya, yang menyediakan bimbingan kesihatan mental, melonjak empat kali ganda.

Krisis ini membawa ke hadapan isu kesihatan dan kesejahteraan mental. Orang ramai bimbang. Mereka menghadapi keprihatinan dijangkiti virus, kehilangan pekerjaan dan diasingkan secara sosial," ujar Encik Masagos.

"Kami ingin menggalakkan rakyat untuk bersikap terbuka dalam mencari dan menerima pertolongan lebih awal agar tabah dari segi mental dalam menghadapi tekanan dan cabaran hidup." 

Sumber : CNA/HK/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan