Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gerai Zi Char 'hampir muflis' tapi keuntungan naik 3 kali ganda setelah dapat sijil halal

Anggaran Waktu Membaca:
Gerai Zi Char 'hampir muflis' tapi keuntungan naik 3 kali ganda setelah dapat sijil halal

Gambar: 8days

Diterbitkan : 10 Nov 2022 10:45AM Dikemas Kini : 10 Nov 2022 11:37AM
SINGAPURA: Mari Mari Seafood adalah sebuah restoran "zi char" halal di Woodlands yang menyediakan pelbagai hidangan menggunakan ikan kerapu serta hidangan mesra muslim seperti bubur ketam dan mee tarik.

Perniagaan gerai itu meraih keuntungan tiga kali ganda selepas mendapatkan sijil halal.

Tauke gerai berkenaan, Novestine Tan, 52 tahun, memberitahu 8days.sg bahawa Mari Mari Seafood sebelum ini adalah gerai menjual hidangan "zi char" ketika ia beroperasi pada 2019 - ia dinamakan 57 Seafood pada waktu itu dan menyediakan hidangan tidak halal.

Namun, perniagaan tidak begitu baik dalam dua tahun pertama ia beroperasi, terutama sekali ketika pandemik melanda.

"Secara jujur, semasa pandemik COVID-19, saya hampir muflis," jelas Encik Tan kepada 8days.sg.

"Namun, saya sedar ada ramai masyarakat melayu islam yang tinggal di Woodlands. Saya fikir ia adalah cadangan yang baik untuk mendapatkan sijil halal supaya kami boleh menghidangkan makanan kepada masyarakat yang lebih besar dan sekaligus pasaran yang besar."

Keputusan itu membuahkan hasil. Selepas menamakan semula gerai makanan beliau itu ke Mari Mari Seafood dan mendapatkan sijil halal pada Ogos 2020, keuntungan melonjak tiga kali ganda.

"Ia mengubah hidup saya sepenuhnya. Melangkah ke hadapan, jika saya mempunyai gerai makanan lain, saya akan tetap memilih untuk mendapatkan sijil halal," tambah Encik Tan.

Mari Mari Seafood kini ada dua cawangan halal di Woodlands dan Hougang.

Bagaimanapun, hanya cawangan di Woodlands yang menawarkan steamboat ikan kerapu, yang dimasukkan ke dalam menu beberapa bulan lalu, lapor 8days.sg.

Anda boleh mengunjungi cawangan Mari Mari Seafood di Woodlands dan Hougang di alamat berikut:

#01-06 182 Woodlands St 13, S730182 dan dibuka setiap hari dari pukul 11.00 pagi ke 12.00 tengah malam.

174C Hougang Ave 1, S533174 dan dibuka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
 
Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan