Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gerai halal tunggal henti operasi di kedai kopi HDB perlu diganti gerai halal lain, kata Desmond Lee

Anggaran Waktu Membaca:
Gerai halal tunggal henti operasi di kedai kopi HDB perlu diganti gerai halal lain, kata Desmond Lee

Sebuah pusat penjaja di Singapura. (Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

SINGAPURA: Pengendali kedai kopi Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) perlu menggantikan gerai makanan halal tunggal yang sudah berhenti beroperasi dengan gerai makanan halal lain.

Menteri Pembangunan Negara, Desmond Lee memberikan jawapan bertulis kepada pertanyaan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Dr Jamus Lim, tentang sama ada pengendali kedai kopi HDB dikehendaki menggantikan satu-satunya gerai makanan halal mereka dengan gerai halal lain jika ia berhenti beroperasi.

Encik Desmond Lee menambah bahawa pengendali kedai kopi juga diwajibkan untuk mencari pengganti gerai berkenaan dalam tempoh sewa yang sama dengan gerai sebelumnya.

Beliau juga mendedahkan bahawa HDB boleh memutuskan untuk tidak memperbaharui tempoh sewa jika pengendali gagal memenuhi syarat tersebut.

Namun, buat mereka yang menghadapi kesukaran menggantikan gerai halal tersebut dengan gerai halal lain, para pengendali boleh membuat rayuan kepada HDB.

HDB kemudian akan menilai setiap rayuan yang diterima secara berasingan.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan