GEP yang diperbaharui bermula dengan kohort Darjah 1 2024, 10% pelajar dipilih bagi program berkebolehan tinggi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Program sekolah bagi pelajar berkebolehan tinggi akan diperluaskan kepada 10 peratus kohort pelajar sekolah rendah, atau sekitar 3,000 pelajar, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Isnin (19 Ogos).
Ini sebahagian daripada Program Pendidikan Bijak (GEP) yang diumumkan Perdana Menteri Lawrence Wong dalam ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan sulungnya pada Ahad (18 Ogos).
PM Wong berkata GEP sedia ada akan diubah suai dan sekolah-sekolah akan dilengkapi keupayaan untuk mengenal pasti pelajar berkebolehan tinggi masing-masing.
Pada masa ini, satu peratus daripada kohort dipilih bagi GEP, belajar di salah satu daripada sembilan sekolah rendah yang menawarkan program tersebut mulai Darjah 4. Lagi 7 peratus daripada kohort merupakan sebahagian daripada program sekolah bagi pelajar berkebolehan tinggi ini.
Program yang dipertingkatkan ini akan dilaksanakan mulai kohort Darjah 1 tahun ini, menurut MOE dalam satu kenyataan.
MOE mula memperkenalkan program berkebolehan tinggi di sekolah rendah pada 2007 - kesemua sekolah kini mempunyai program untuk membangunkan pelajar berkebolehan tinggi dengan kekuatan dan minat yang khusus dalam mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris, matematik dan sains.
LEBIH BANYAK PENYESUAIAN BAGI PELAJAR
Model terbaharu ini juga akan menyediakan lebih banyak penyesuaian bagi pelajar yang berbakat dalam satu atau dua aspek tertentu, berbanding menawarkan kurikulum GEP yang "sama" dalam semua aspek, menurut MOE.
Contohnya, seorang pelajar yang hanya berbakat dan mempunyai minat dalam Bahasa Inggeris, tetapi hanya sederhana dalam pelajaran matematik boleh diterima masuk ke dalam program berkebolehan tinggi bagi Bahasa Inggeris di sekolah mereka.
Ini tidak seperti GEP sedia ada, yang tertumpu kepada membina kebolehan pelajar dalam bahasa Inggeris, matematik dan sains, di mana pelajar perlu mencapai prestasi yang baik dalam semua bidang ujian pemilihan untuk menyertai program tersebut, menurut MOE.
"Apa yang kami perhatikan adalah beberapa pelajar boleh membuat yang terbaik dalam ketiga-tiga subjek, tetapi ada beberapa pelajar yang lebih bagus dalam satu atau dua subjek dan lebih lemah dalam subjek yang lain, dan mereka mungkin tidak dapat meraih manfaat sepenuhnya daripada model GEP sebegitu berbanding pelajar lain."
Pelajar yang meraih manfaat daripada pembangunan lanjut boleh memilih untuk menghadiri modul selepas waktu sekolah di sekolah berhampiran yang tertentu, menurut MOE.
Modul-modul ini berlainan daripada kurikulum pendidikan di sekolah, yang direka untuk "memupuk sikap ingin tahu dan rasa cinta kepada pembelajaran", menurut MOE dalam satu kenyataan.
Pelajar yang menyertai modul selepas sekolah ini boleh belajar di samping pelajar dengan kebolehan dan minat yang serupa daripada sekolah-sekolah lain.
Oleh kerana modul-modul ini tertumpu kepada pelajar yang mempunyai kekuatan yang tertentu, lebih ramai pelajar boleh menghadirinya, berbanding kohort GEP sedia ada, menurut kenyataan itu.
"Modul-modul ini tidak akan berdasarkan kurikulum aliran biasa... Ia bukan bagi tujuan persiapan peperiksaan."
KENAL PASTI PELAJAR BUAT PROGRAM
Buat masa ini, pelajar dipilih bagi program GEP menerusi latihan dua peringkat di Darjah 3, dan mereka yang terpilih dipelawa memasuki satu daripada sembilan sekolah rendah GEP mulai Darjah 4.
Kali terakhir latihan ini akan dijalankan adalah buat pelajar Darjah 3 pada 2025, dan kumpulan terakhir pelajar Darjah 4 yang akan diambil adalah pada tahun 2026, menurut MOE.
Di bawah sistem baharu, peringkat pertama dalam ujian pemilihan standard GEP, yang menguji kebolehan bahasa Inggeris dan Matematik, semasa Darjah 3 akan diteruskan. Peringkat kedua, yang turut melibatkan ujian bahasa Inggeris dan Matematik serta kertas keupayaan am, akan dihentikan.
Ini bukan merupakan satu-satunya waktu pelajar boleh dikenal pasti untuk menyertai program sekolah. Mereka boleh dipilih buat program sekolah dan modul selepas sekolah pada beberapa waktu dari Darjah 4 hingga Darjah 6, menurut MOE.
Sekolah juga boleh mengenal pasti pelajar yang sesuai bagi program berkenaan berdasarkan pemantauan harian, cadangan guru dan tugasan mereka, menurut MOE, sambil menambah bahawa "tiada penilaian tertentu" bagi proses pemilihan sebegini.
"Langkah terbaharu ini akan memberikan maklumat yang lebih holistik dan menyeluruh mengenai kebolehan dan potensi pelajar sepanjang tempoh."
Beberapa pelajar mungkin menunjukkan kebolehan lebih awal, sementara ada yang mungkin lebih lewat, menurut MOE dalam satu taklimat pada Isnin.
"Kami tidak mahu memberi tumpuan kepada ujian pemilihan GEP Darjah 3 sahaja sebagai satu-satunya waktu untuk mengenal pasti pelajar dengan rangsangan intelektual tertentu," tambah MOE.
Tambahan lagi, dengan program di setiap sekolah, pelajar berkebolehan tinggi boleh kekal di sekolah-sekolah mereka bagi sekolah rendah tingkatan tinggi, dan tidak lagi perlu berpindah ke salah satu sekolah GEP semasa Darjah 4, menurut MOE.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, MOE memerhatikan pelajar mengalami lebih banyak tekanan semasa pemilihan GEP, dengan lebih ramai pelajar mendaftarkan diri dalam kelas-kelas privet untuk membuat persediaan bagi latihan pemilihan, menurut kementerian itu.
Walaupun kursus persediaan ini menentukan sama ada pelajar dipilih untuk GEP, ia mungkin bukan untuk kebaikan anak mereka, tambah MOE.
“Mereka mungkin boleh masuk melalui pemilihan, tetapi mereka mungkin tidak berjaya di dalamnya. Itu pasti menjadi kebimbangan kami juga,” menurut MOE.
Ibu bapa harus mengetahui keburukan menyertai atau mengajar kanak-kanak pada tahap yang lebih tinggi pada usia yang lebih awal daripada biasa, kata Menteri Pendidikan Chan Chun Sing pada Isnin.
"Sekiranya kita kini faham bahawa sebenarnya terdapat banyak pintu masuk dan keluar, kita tidak perlu memberikan tekanan ke atas anak-anak kita. Malah, jika ada, ia akan mendatangkan mudarat kepada kanak-kanak daripada kebaikan," katanya sambil menambah ibu bapa hendaklah membiarkan anak-anak mereka berkembang mengikut kadar yang tersendiri.
MEMBAHAGIKAN SUMBER GURU
Pemerintah tidak akan dapat membuat perubahan-perubahan ini pada tahun-tahun awal GEP kerana MOE sedang membina kapasitinya selama ini, kata Encik Chan.
Di bawah program baharu itu, 10 peratus daripada pelajar, atau sekitar 3,000 pelajar di 180 sekolah rendah boleh menyertai program berasaskan sekolah untuk pelajar berkebolehan tinggi, katanya.
Secara purata, setiap sekolah akan mempunyai kira-kira 15 pelajar - sesetengah mungkin mempunyai lebih sedikit manakala yang lain mungkin kurang sedikit, kata Encik Chan.
"Tetapi secara amnya, kami akan ada sumber yang mencukupi untuk diagihkan ke sekolah-sekolah untuk menjalankan program ini," tambahnya.
Guru-guru dilatih selama ini dengan strategi dan program untuk menyokong pelajar berkebolehan tinggi, menurut MOE, sambil menambah bahawa guru juga akan menerima latihan untuk menyediakan arahan yang berbeza semasa kelas.
MOE juga akan memanfaatkan kepakaran sembilan sekolah rendah GEP untuk membangunkan pelajar berkebolehan tinggi di bawah langkah baharu.
"Satu kesan langsung adalah kami akan menempatkan beberapa guru ini untuk menyokong modul selepas sekolah, supaya mereka boleh dihantar ke sekolah yang menganjurkan modul selepas sekolah mulai 2027 dan seterusnya," menurut kementerian itu.
Lebih banyak sekolah mungkin menawarkan modul selepas sekolah berbanding sembilan sekolah rendah GEP semasa, menurut MOE. Mereka akan dipilih berdasarkan pertimbangan seperti lokasi untuk memenuhi keperluan pelajar di seluruh Singapura.
Buat masa ini, MOE bercadang untuk pelajar menghadiri modul selepas sekolah ini sekitar sekali seminggu, memandangkan pelajar juga mungkin mempunyai komitmen aktiviti kokurikulum atau program lain, menurut kementerian itu, sambil menambah bahawa ibu bapa dan pelajar juga bebas untuk memilih tidak menyertai program tersebut.
Sesetengah pelajar yang dipilih untuk mengikuti modul selepas sekolah bagi lebih daripada satu mata pelajaran mungkin perlu menghadirinya lebih daripada sekali dalam seminggu, atau mengambil modul berbeza bagi mata pelajaran berbeza pada semester berbeza, menurut MOE.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.