GEP dirombak akan ringankan beban kerja guru-guru, kata Chan Chun Sing
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Guru-guru sekolah yang bimbang beban kerja mereka akan bertambah apabila Program Pendidikan Bijak (GEP) dirombak, akan mendapati perkara sebaliknya terjadi, kata Menteri Pendidikan Chan Chun Sing pada Rabu (21 Ogos).
"Pada masa lalu, jika kita tidak mampu memenuhi keperluan tertentu pelajar, ia membuat tugas mengajar lebih mencabar," ujar Encik Chan.
"Jika kita dapat mengenal pasti keupayaan pelajar, (ini) akan meringankan lagi beban kerja guru-guru kerana mereka akan dapat memberikan lebih banyak tumpuan kepada tugas mengajar. Ia sesuatu yang tidak disedari ramai."
Encik Chan juga mengulangi bahawa ibu bapa perlu memilih sekolah berdasarkan kekuatan serta pilihan anak mereka, dan bukannya kerana sama ada ia "sekolah yang bagus" - satu topik yang terus dipertikaikan sepanjang beberapa tahun lalu.
Encik Chan berkata demikian dalam satu wawancara bersama CNA938, beberapa hari selepas Perdana Menteri Lawrence Wong mengumumkan dalam ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaannya bahawa GEP akan dirombak agar bersifat lebih inklusif.
GEP, yang diperkenalkan pada 1984 dan diatur khas buat para pelajar dengan keupayaan intelektual luar biasa, akan digantikan dengan program-program keupayaan tinggi, daripada kohort Darjah 1 tahun ini.
BERGANJAK DARIPADA "MENGAJAR PELAJAR BIASA"
Pada Rabu, Encik Chan menarik perhatian kepada dua aspek untuk meyakinkan guru-guru bahawa mereka tidak akan terlalu dibebani tugasan harian mahupun kewajipan mengajar kelas.
Isu guru berasa mereka bekerja terlalu kuat sehingga kelelahan sememangnya tidak ada kesudahannya di Singapura.
Pada awal tahun ini, pemerintah menyatakan bahawa ia sudah mengurangkan bilangan tugas pentadbiran yang perlu dilakukan para guru.
Encik Chan berkata, salah satu aspek untuk menghuraikan kebimbangan guru-guru adalah melengkap kemahiran mereka menerusi latihan. Ini di samping memberikan sokongan dari segi aturan logistik.
"Jadi perkara itu bahagian yang mudah tetapi sebenarnya, ada lagi aspek menarik bagi aturan tersebut," tambah Encik Chan.
Dengan mengambil pendekatan "lebih teliti" apabila membahagikan para pelajar ke dalam beberapa kumpulan dalam kelas, kata Encik Chan lagi, guru-guru boleh "jauh lebih fokus dalam cara mereka mengendalikan kelas".
"Kita ingin menegaskan bahawa kita mahu para pelajar bergaul meskipun mereka masing-masing mempunyai keupayaan sendiri, demi pembangunan emosi, sosial dan menjalin ikatan lebih mesra dalam bilik darjah," jelas Encik Chan.
"Namun kita juga harus menjaga para guru, kerana anda tidak boleh mempunyai sebuah kelas di mana semua pelajar mempunyai pelbagai keupayaan tersendiri tetapi kita akhirnya melakukan sesuatu yang dianggap 'mengajar pelajar biasa'."
Sistem pendidikan akan dianggap sedemikian jika keupayaan para pelajar dinilai mengikut kaedah yang tidak menyeluruh.
Encik Chan selanjutnya menjelaskan bahawa Kementerian Pendidikan sudah mendapatkan buah fikiran para guru, ibu bapa dan alumni GEP yang memberi maklum balas mereka mengenai program tersebut, mahupun tentang membangunkan kemahiran sosial serta emosi kanak-kanak melangkaui prestasi akademik dalam subjek-subjek tertentu, sebelum memutuskan untuk merombak GEP.
"Kami tidak rasa kita perlu hanya melihat kepada keupayaan tinggi yang umum. Kita harus membolehkan orang ramai memupuk bakat masing-masing, biarpun ia dalam subjek tertentu, dan tidak menghambat para pelajar dengan bakat lain daripada menyertai program tersebut," tambah Encik Chan.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.