GEP 'bukan sekadar akademik' tetapi juga saiz kelas yang kecil dan sumber khas: Bekas pelajar GEP
Anggaran Waktu Membaca:
Para pelajar Singapura di dalam bilik darjah. (Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Apabila Jewel Kwek dipindahkan ke Sekolah Rendah Perempuan Raffles tahun lalu selepas melayakkan diri untuk menyertai Program Pendidikan Bijak (GEP), dia diselubungi rasa gemuruh untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.
Namun, kebimbangannya segera pudar apabila dia mendapati dirinya menikmati "persaingan intelektual" dari rakan sekelasnya dan kurikulum yang lebih mencabar.
Sebagai contoh, kelas subjek matematiknya bukan sahaja tentang cara menyelesaikan masalah matematik, bahkan juga memahami bagaimana sesuatu formula diguna pakai bagi menyelesaikan masalah.
"Itu memberikan kami pemahaman yang lebih mendalam tentang matematik," kata kanak-kanak berusia 10 tahun itu, yang kini menuntut dalam Darjah 5. "Ia juga memberikan saya lebih banyak penghargaan kepada tokoh-tokoh yang mencipta formula."
Rakan sekelasnya, Averie Loh, yang berusia 11 tahun, juga berkata dia berasa lebih tertarik. Dengan saiz kelas yang lebih kecil terdiri daripada 23 pelajar, dia boleh bercakap dengan lebih kerap. Sumber yang tersedia untuk pelajar GEP, seperti akses kepada Google Classroom, juga berguna.
Kedua-dua Jewel dan Averie menyuarakan rasa kecewa mereka selepas megetahui bahawa program GEP itu akan dirombak dan para pelajar akan datang bakal disajikan dengan pengalaman yang berbeza.
Dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan sulungnya pada Ahad (18 Ogos), Perdana Menteri Lawrence Wong mengumumkan bahawa GEP "tidak akan diteruskan dalam bentuknya yang sedia ada", dengan program keupayaan tinggi ditawarkan di semua sekolah dan kepada lebih ramai pelajar.

Perubahan lain termasuk tidak lagi memerlukan pelajar dipindahkan ke sekolah tertentu yang menawarkan GEP. Para pelajar juga boleh menyertai atau meninggalkan program itu di beberapa tahap antara Darjah 4 hingga 6, dan bukannya dipilih di Darjah 3 seperti sekarang.
Beberapa bekas pelajar GEP dan ibu bapa dengan anak mereka menyertai GEP juga memberitahu Mediacorp bahawa program bijak itu mempunyai tarikan dari segi kukurikulumnya - dengan kandungan antara disiplin dan penekanan kepada pemikiran kreatif dan kritis dalam saiz kelas yang lebih kecil.
Mereka menyokong perubahan dasar untuk membolehkan lebih ramai pelajar mengakses program tersebut, tetapi mempunyai pertanyaan tentang bagaimana ia boleh dilaksanakan sambil mengekalkan pedagogi GEP.
PERTANYAAN MENGENAI SUMBER PENGAJARAN
Encik Adrian Chia, bekas pelajar GEP yang kemudiannya menuntut di Institusi Raffles, berkata beliau mendapat manfaat daripada berada dalam kelas kecil yang terdiri daripada 22 pelajar dan tertanya-tanya sama ada ini boleh dilakukan dengan GEP baharu yang menerima lebih ramai pelajar.
"Perkara terakhir yang saya inginkan adalah guru perlu memikul lebih banyak beban untuk mencapai hasil yang diingini," ujar lelaki berusia 45 tahun itu, yang berada dalam Tentera Laut sehingga dia bersara tiga tahun lalu.
Lagi satu pertanyaan yang dibangkitkan mereka yang ditemui Mediacorp adalah ketersediaan guru terlatih untuk mentadbir program pembelajaran keupayaan tinggi yang diperluaskan.
Guru GEP memainkan peranan yang penting dalam membimbing dan mengendalikan persekitaran pembelajaran yang merangsang, serta mengetahui cara mengendalikan "keunikan" kanak-kanak berbakat, kata ibu bapa yang mempunyai anak yang menyertai GEP.
PERTANYAAN MENGENAI KRITERIA KELAYAKAN, MODUL SELEPAS SEKOLAH
Ibu bapa juga mempunyai soalan mengenai kriteria kelayakan. Buat masa ini, pelajar Darjah 3 boleh memilih untuk menduduki satu set dua ujian GEP standard. Di bawah sistem baharu, pelajar hanya perlu mengambil ujian pertama, yang mengkaji keupayaan bahasa Inggeris dan matematik mereka.
Sekolah boleh mengenal pasti pelajar yang sesuai - di beberapa tahap antara Darjah 4 dan 6 - berdasarkan pemerhatian harian, saranan guru dan kerja mereka. Kaedah saringan itu "tidak mempunyai pemberat yang ditetapkan", kata MOE.
Cik Tan, yang mempunyai seorang anak yang tamat mengikuti GEP itu, mengatakan perubahan tersebut sangat bergantung kepada pemahaman guru tentang pelajar mereka.
"Dengan ujian, ia sangat jelas ... Tetapi apa yang berlaku jika kelas melalui ramai guru kerana sebab-sebab seperti cuti bersalin? Bagaimanakah ia adil bagi kanak-kanak apabila mereka dinilai oleh guru baharu? Adakah ia memberi ruang kepada sesetengah ibu bapa untuk berhujah menentang keputusan guru?"
Beberapa "ciri yang boleh dikenal pasti" mungkin diperlukan bagi guru membuat pemerhatian dan cadangan mereka, tambah Cik Tan.
GEP BUKAN SEKADAR PEMBELAJARAN: MANTAN PELAJAR
Dr Johannis Auri Abdul Aziz, mantan pelajar GEP, menarik perhatian bahawa program bijak tersebut "bukan sekadar mengenai akademik".
Memetik buku panduan MOE yang mengatakan GEP juga memenuhi "keperluan sosial dan emosi" pelajarnya, beliau berkata: "Dalam erti kata lain, ia bukan sekadar program bijak. Ia juga merupakan program keperluan khas."
Satu tinjauan pada 2005 yang dijalankan dalam kalangan mantan pelajar GEP, ada yang sukar menangani masalah diganggu oleh para pelajar bukan kelas GEP dan rasa tersisih daripada rakan sebaya mereka.

Dr Johannis menjelaskan beliau ingin mendengar dengan lebih lanjut mengenai rancangan MOE dalam memastikan program tersebut terus memenuhi keperluan emosi dan sosial para pelajar berkeupayaan tinggi.
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.