Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

George Goh 'tersilap' tentang kelayakan saya, kata Ng Kok Song

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mantan Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) GIC Ng Kok Song berkata, bakal calon presiden George Goh, tersilap tentang kelayakan Encik Ng.

Encik Goh pada Jumaat (4 Ogos) berkata, peranan CIO berkemungkinan menduduki tempat "kelima atau keenam" tertinggi dalam sesuatu pertubuhan.

Syarat bertanding jawatan Presiden bagi calon sektor privet menyatakan - pemohon perlu berkhidmat sebagai ketua eksekutif syarikat buat sekurang-kurangnya tiga tahun.

"Saya rasa Encik Goh tersilap. Beliau fikir CIO ialah Ketua Pegawai Maklumat. CIO di GIC bukan Ketua Pegawai Maklumat, beliau ialah Ketua Pegawai Pelaburan. Itu adalah satu perbezaan amat ketara," jelas Encik Ng.

Encik Ng menemui media semasa membuat lawatan ke Pasar Tiong Bahru.

Beliau turut memberi respons terhadap perbandingan antara beliau dengan seorang lagi bakal calon presiden, Tharman Shanmugaratnam.

Kedua-duanya pernah berkhidmat di MAS dan GIC.

Encik Ng berkata mereka berdua menggalas peranan berbeza di GIC.

Encik Tharman ialah penggubal dasar, manakala Encik Ng beri tumpuan kepada melaksanakan strategi-strategi bagi menjana keuntungan pelaburan.

Encik Ng turut menekankan isu-isu seperti kos sara hidup yang tinggi dan keperluan memperkasa golongan belia.
Sumber : CNA/FZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan