George Goh sertai majlis sambutan di Prasekolah Presbyterian Ang Mo Kio
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bakal calon Presiden George Goh juga tidak melepaskan peluang menyertai acara sambutan Hari Kebangsaan.
Hadir bagi acara tersebut di Prasekolah Presbyterian Ang Mo Kio pada Selasa (8 Ogos), Encik Goh berkata antara keutamaan beliau memupuk generasi muda dan mengukuhkan hubungan antara perniagaan dan masyarakat.
Encik Goh turut mengambil peluang beramah mesra dengan para guru, ibu bapa dan pelajar.
"Penting untuk menyatukan rakyat. Ayuh berdiri sama sebagai satu negara. Kita sebuah negara kecil, tetapi kita perlu berdiri teguh bersama. Oleh itu, saya harap saya boleh memainkan peranan sebagai penyatu, menghimpunkan rakyat tidak kira warga emas, atau belia, atau kanak-kanak. Saya berharap menyatukan mereka, memastikan kita semua hidup gembira di Singapura," kata Encik Goh.
Sewaktu sambutan Hari Kebangsaan itu, Encik Goh berpeluang beramah mesra dengan para guru, ibu bapa dan pelajar.
Beliau juga sempat mengambil bahagian dalam beberapa permainan serta menghadiri upacara menyampaikan hadiah sekolah itu.
Kata Encik Goh, memang bersesuaian untuk beliau menyaksikan kanak-kanak prasekolah itu menyambut ulang tahun Singapura kerana mereka adalah masa depan negara.

Sumber : CNA/NY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.