George Goh, pengasas Harvey Norman Ossia, umum hasrat ikut bertanding dalam Pilihan Raya Presiden
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: George Goh, pengasas Harvey Norman Ossia, pada Isnin (12 Jun) mengumumkan hasratnya untuk ikut bertanding bagi Pilihan Raya Presiden Singapura. Beliau sekali gus merupakan calon kedua selepas Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam.
Satu kenyataan daripada pasukan medianya menyatakan Encik Goh akan bertanding sebagai seorang calon bebas.

"Beliau tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana parti politik - dahulu dan sekarang. Beliau tidak mempunyai kisah silam di dalam arena politik. Beliau merupakan seorang usahawan, yang mula bekerja pada usia 16 tahun, dan sejak itu membina empayar perniagaannya (yang telah bertapak) di 14 negara," menurut kenyataan itu.
Usahawan berusia 63 tahun itu, yang telah membawa kedai elektronik yang berpangkalan di Australia Harvey Norman untuk menembusi pasaran Asia, hangat diperkatakan sebagai calon yang berhasrat untuk bertanding bagi jawatan tertinggi negara ini.
Encik Goh adalah pengerusi Ossia International, iaitu syarikat pemegang pelaburan yang disenaraikan dalam Bursa Singapura. Beliau merupakan Duta Besar Singapura ke Maghribi dari 2017 sehingga peletakan jawatannya pada bulan ini. Beliau kini sedang menjalani notis tiga bulan peletakan jawatan.
Bapa kepada empat orang anak itu juga mengasaskan bersama badan amal, Border Mission, dan merupakan anggota majlis Persatuan Palang Merah.
Encik Tharman mengumumkan hasratnya untuk ikut bertanding dalam Pilihan Raya Presiden minggu lalu, sambil menyatakan bahawa beliau akan mengundurkan diri dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan bersara dari politik dan semua jawatannya dalam pemerintah.

Mantan Timbalan Perdana Menteri itu memberitahu wartawan pada Ahad (11 Jun) bahawa ia adalah penting baginya agar ada persaingan bagi Pilihan Raya Presiden akan datang, sambil menambah bahawa beliau "lebih memilih untuk menang atau kalah dengan adanya pertandingan".
Bakal calon yang ingin bertanding boleh membuat permohonan bagi Sijil Kelayakan mulai Selasa (13 Jun), sebagai langkah pertama untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden.
Calon juga dikehendaki untuk menyerahkan pengisytiharan masyarakat.
Penggal enam tahun Presiden Halimah Yacob akan berakhir pada 13 September tahun ini. Puan Halimah, 68 tahun, mengumumkan keputusannya untuk tidak bertanding bagi pilihan raya presiden seterusnya pada 29 Mei lalu. Beliau merupakan Presiden kelapan dan Presiden wanita pertama Singapura.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.