Skip to main content

Singapura

George Goh harap keputusan Sijil Kelayakan dibuat awal supaya calon Presiden dapat buat persiapan teliti

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Aug 2023 10:16PM Dikemas Kini : 11 Aug 2023 11:20PM
SINGAPURA: Bakal calon Presiden George Goh berkongsi bahawa beliau sedang menantikan Sijil Kelayakan untuk dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya (PEC).

Dalam satu kenyataan selepas Writ Pilihan Raya dikeluarkan, Encik Goh berharap keputusan itu boleh dibuat lebih awal, dan tidak terlalu dekat dengan tarikh penutup.

Ini agar para calon yang layak boleh membuat persiapan yang teliti untuk kempen mereka.

Mengikut undang-undang, pihak jawatankuasa perlu memberitahu para pemohon mengenai keputusannya selewat-lewat sehari sebelum Hari Penamaan Calon.

Pilihan Raya Presiden akan diadakan pada 1 September 2023, jika ada lebih seorang calon yang layak bertanding. Hari Penamaan Calon pula jatuh pada 22 Ogos.
Sumber : CNA/NY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita