Genting masyarakat pertingkat kesejahteraan mental, kata Presiden Halimah
Usaha masyarakat untuk meningkatkan kesejahteraan mental perlu ditingkat. Presiden Halimah Yacob berkata pendekatan seperti itu adalah penting daripada bergantung kepada usaha yang dijalankan oleh institusi-institusi tertentu.
(Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Usaha masyarakat untuk meningkatkan kesejahteraan mental perlu ditingkat.
Presiden Halimah Yacob berkata pendekatan seperti itu adalah penting daripada bergantung kepada usaha yang dijalankan oleh institusi-institusi tertentu.
Beliau menambah usaha itu menjadi lebih genting lagi di tengah-tengah pandemik COVID-19 sekarang.
Presiden Halimah menekankan mesej tersebut semasa melawat Pusat Jagaan PSALT siang tadi (11 Sep).
Pusat kebajikan tersebut menyediakan bantuan sokongan kepada mereka yang menghadapi cabaran-cabaran mental dan ketagihan. Tumpuannya adalah untuk memulihkan dan membawa semula mereka ke pangkuan masyarakat.
Khidmat-khidmat yang disediakan PSALT sewaktu COVID-19 dijalankan dengan menggunakan teknologi.
Sesi dan program dikendalikan oleh rakan-rakan sebaya yang membawa sifat empati bersama mereka sepanjang perjalanan pemulihan itu.
Presiden Halimah berkata aspek tersebut memainkan peranan penting dalam proses pemulihan.
"PSALT juga mempunyai program-program yang disokong oleh Cabaran Presiden iaitu menerusi program sokongan rakan sebaya di mana mereka yang telah melalui proses pemulihan ataupun telah pulih daripada sakit kesihatan mental mereka memberikan sokongan kepada anggota-anggota lain yang memerlukannya," ujar Puan Halimah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.