Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Genting Dream' akan lakukan pelayaran dari S'pura di bawah jenama Resorts World Cruises

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebuah kapal yang pernah dikendalikan oleh Dream Cruises milik Genting Hong Kong akan melakukan pelayaran mulai 15 Jun di bawah naungan syarikat baru bernama Resorts World Cruises.

Syarikat itu ditubuhkan oleh taikun Malaysia, Lim Kok Thay, yang merupakan pengerusi dan eksekutif lembaga Genting Group.

Ia didaftarkan pada 9 Mac, selang dua bilan selepas Genting Hong Kong memfailkan permohonan untuk gulung tikar selepas ia gagal mendapatkan pembiayaan dana untuk melunaskan hutangnya.

Dream Cruises mengendalikan tiga kapal - Genting Dream, Explorer Dream dan World Dream. Resorts World Cruises sudahpun mengambil alih Genting Dream dan kini sedang berunding dengan bank dan pihak-pihak yang berminat untuk memperolehi dua lagi kapal.

World Dream, yang menawarkan pakej pelayaran 'tanpa destinasi' dari Singapura, berhenti mengambil tempahan baru selepas syarikat induknya mengalami masalah kewangan.

Kapal pesiaran itu menamatkan operasinya pada 2 Mac.

Resorts World Cruises menyatakan pada Rabu (18 Mei) bahawa ia menawarkan kredit pelayaran percuma dengan "nilai setara" bagi semua penumpang yang sudah membuat pembayaran dan terjejas oleh pembatalan World Dream di Singapura antara 2 Mac dengan 31 Ogos tahun ini sebagai satu 'tanda muhibah'.

Kredit itu sah untuk digunakan dari 15 Jun sehingga hujung Mac 2023.

Di sidang media yang diadakan hari ini, syarikat itu menegaskan bahawa kredit tersebut hanya ditawarkan kepada para pelanggan World Dream yang terjejas yang masih belum menerima sebarang bayaran balik daripada sumber tempahan asal.

Sumber : CNA/AW/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan