Generasi Perintis akan terima tokokan MediSave sehingga S$1,100 pada Julai
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: CNA/Calvin Oh)
SINGAPURA: Sekitar 300,000 warga emas Generasi Perintis akan menerima tokokan bagi akaun MediSave berjumlah lebih S$150 juta bulan depan, menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada Jumaat (7 Jun).
Bayaran tambahan ini disediakan sebagai sebahagian daripada Baucar GST-Medisave tahunan yang diberikan kepada warga Singapura yang layak dan berusia 65 tahun ke atas.
MediSave boleh digunakan buat bayaran premium bagi MediShield Life, CareShield Life, ElderShield dan pelan insurans lain yang diluluskan MediSave, serta pembiayaan perubatan seperti kemasukan ke hospital, pembedahan sehari dan rawatan pesakit luar tertentu.
Warga emas Generasi Perintis yang layak menerima bayaran tambahan sekitar S$250 hingga S$900 setiap tahun, menurut MOF.
Namun, mereka yang lebih lanjut usia - yang berusia 85 tahun ke atas pada tahun 2024- dan mempunyai penyakit sedia ada akan menerima tokokan tambahan sebanyak S$50 hingga S$200 setiap tahun dari 2021 hingga 2025 untuk membiayai kos premium MediShield Life, tambah MOF.
Tokokan MediSave pertama kali diumumkan pada 2020 untuk membantu dalam memastikan bahawa premium MediShield Life terus dimampui oleh mereka daripada Generasi Perintis yang seringkali mempunyai simpanan MediShield Life yang jauh lebih rendah berbanding golongan yang lebih muda.
MOF menyatakan: "“Bersama-sama dengan subsidi premium khas, tambahan kepada MediSave tahunan ini akan terus menyokong kemampuan premium MediShield Life untuk semua warga Perintis.
"Warga Perintis yang lebih lanjut usia, berusia 90 tahun ke atas pada 2024, akan terus mendapati bahawa premium MediShield Life mereka ditanggung sepenuhnya. Perintis yang lebih muda akan mendapati bahawa dua pertiga daripada premium Medishield Life mereka ditanggung."
Warga emas Generasi Perintis yang telah memuat turun dan melengkapkan aplikasi Singpass mereka juga akan menerima notifikasi mengenai bayaran tambahan pada aplikasi berkenaan selewat-lewatnya pada 11 Jun, yang akan memaklumkan mereka tentang jumlah yang mereka layak terima.
Mereka yang belum menetapkan aplikasi Singpass mereka, tetapi telah mendaftarkan nombor telefon bimbit mereka dengan Singpass sebelum 9 Jun, akan menerima SMS berkenaan jumlah tersebut pada selewat-lewatnya 11 Jun.
Selebihnya akan menerima surat pada akhir Jun.
Bagi melindungi warga emas daripada penipuan, notifikasi SMS yang akan dikirimkan oleh "MOF" itu hanya akan memaklumkan warga emas yang layak tentang faedah mereka. Mereka tidak akan diminta untuk membalas SMS atau memberikan sebarang maklumat kepada pengirim.
Pesanan berkenaan Pakej Generasi Perintis tidak akan dikirimkan melalui WhatsApp atau platform penghantaran pesanan aplikasi lain, menurut MOF.
Maklumat lanjut tentang pakej-pakej ini boleh didapati di go.gov.sg/pgpackage.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.