Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Generasi Merdeka perlu kekal aktif, prihatin kesihatan diri: Dr Maliki

Generasi Merdeka perlu menjalani gaya hidup yang sihat dan aktif dalam meniti usia senja - sama ada mereka masih aktif bekerja ataupun sudah bersara.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Generasi Merdeka perlu menjalani gaya hidup yang sihat dan aktif dalam meniti usia senja - sama ada mereka masih aktif bekerja ataupun sudah bersara.

Ini ditekankan Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohd Maliki Osman, dalam wawancara bersama DETIK yang disiarkan malam ini (3 Jul). Beliau berkata demikian sebagai mengulas inisiatif dan manfaat Pakej Generasi Merdeka.

Dr Maliki, merupakan Anggota Pasukan Bertindak dan Pelibatan Masyarakat Generasi Merdeka.

"Ramai di antara anggota masyarakat kita mengambil agak ringan keadaan kesihatan mereka. Jadi apa yang kita inginkan ialah mereka menjalani proses pemeriksaan setiap tahun dan subsidi lebih tinggi akan diberikan. Mereka hanya perlu membayar S$2 sahaja untuk menjalani pemeriksaan," ujar Dr Maliki.

Selain soal kesihatan, Dr Maliki juga menekankan pentingnya Generasi Merdeka mengamalkan kehidupan aktif, menjaga pemakanan dan merancang kesejahteraan hari tua mereka.  

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan