Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Generasi Merdeka bakal terima lebih 400,000 cenderahati alu-aluan; tokokan Medisave & subsidi jagaan pesakit luar

Bermula hari ini (28 Jun), lebih 400,000 cenderahati alu-aluan Generasi Merdeka akan dihantar melalui pos. Golongan Generasi Merdeka juga akan menerima tokokan Medisave serta subsidi jagaan pesakit luar.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Jun 2019 08:52PM Dikemas Kini : 29 Jun 2019 12:06AM

SINGAPURA: Bermula hari ini (28 Jun), lebih 400,000 cenderahati alu-aluan Generasi Merdeka akan dihantar melalui pos.

Golongan Generasi Merdeka akan menerima tokokan Medisave serta subsidi jagaan pesakit luar.

Menteri Negara Kanan Kesihatan Amy Khor dan Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan Sim Ann menyaksikan sendiri penghantaran cenderahati alu-aluan di cawangan Singpost di Kallang.

Mereka juga menyampaikannya kepada para posmen Generasi Merdeka. Salah seorang daripada mereka ialah Abdullah Haris, 66 tahun, yang sudah berkhidmat dengan Singpost selama 47 tahun.

Encik Abdullah berkata: "Rasa gembira juga untuk orang-orang seperti saya yang lanjut usia dan masih bekerja, memerlukan kesihatan sepenuhnya. Jadi kalau ditimpa sakit, mudah-mudahan pemerintah dapat memberi rawatan yang lebih rapi lagi."

Setiap hari, 30,000 pakej Generasi Merdeka akan dihantar. 80,000 pakej sedemikian sudah pun diedarkan di pelbagai acara kemasyarakatan.

Bermula bulan depan, mereka akan menerima tokokan pertama ke dalam akaun Medisave bernilai S$200. Subsidi premium tambahan bagi Medishield Life juga akan dimasukkan secara automatik.

Mereka juga boleh mula menggunakan tokokan kepada kad PAssion Silver bernilai S$100 bagi kursus-kursus dan kemudahan di kelab masyarakat.

Selain itu, Generasi Merdeka juga akan menerima subsidi pesakit luar yang akan bermula November ini.

Sumber : CNA/NF/ZM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan