Skip to main content

Singapura

'Generasi Merdeka' alu-alukan pakej yang bakal bantu tangani kos jagaan kesihatan mereka

Dengan kos penjagaan kesihatan yang dijangka terus meningkat, pengumuman Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengenai Pakej Generasi Merdeka yang besar, sangat dialu-alukan golongan rakyat Singapura yang berusia antara 60 dengan 69 tahun tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Feb 2019 08:15PM Dikemas Kini : 04 Feb 2019 11:14PM

SINGAPURA: Dengan kos penjagaan kesihatan yang dijangka terus meningkat, pengumuman Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengenai Pakej Generasi Merdeka yang besar, sangat dialu-alukan golongan rakyat Singapura yang berusia antara 60 dengan 69 tahun tahun ini.

Sepasang suami isteri berkongsi dengan BERITAmediacorp bagaimana pakej itu dapat membantu keperluan penjagaan kesihatan mereka.

Ketika usianya, 11 tahun, Encik Md Musadek Md Yusuf menjadi saksi kepada kejadian yang terus kekal dalam ingatan beliau.

"Waktu itu tahun 1964, rusuhan kaum. Masa itu, Singapura masih dengan Malaysia lagi berlaku pergaduhan antara Cina dengan Melayu. Saya lihat dengan mata saya sendiri budak bujang sedang membuat jalan tar, tetapi budak-budak kampung menghadang dan memukulnya," kongsi Encik Md Musadek.

Beliau di kalangan sekitar 500,000 rakyat Singapura yang dilahirkan antara tahun 1950 hingga 1959, yang menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong, sudah sama-sama membantu Singapura mengharungi masa-masa sukar.

Sebagai menghargai sumbangan mereka sepanjang tempoh awal pembangunan negara, mereka akan diberi Pakej Generasi Merdeka.

Bagi Encik Musadek dan isterinya Cik Habsah Md Nor, pakej itu dapat membantu menampung kos perubatan mereka. 

Related article image
Encik Musadek dan isterinya Cik Habsah Md Nor.

Encik Musadek dan isterinya Cik Habsah Md Nor.

Pasangan itu kerap perlu berjumpa doktor bagi pelbagai jenis penyakit termasuk masalah jantung, kencing manis, darah tinggi dan katarak. Perbelanjaan perubatan mereka mencecah $4,000 sebulan sebelum ditolak subsidi. 

Cik Habsah yang dilahirkan di Malaysia, juga layak menerima pakej itu kerana sudah menjadi rakyat Singapura sejak 1981.

"Tolak CHAS, Medisave, tolak bayaran tunai separuh. Wang tunai pakcik ni lah yang bayar separuh, jadi beliau mengeluh jugalah," kata Cik Habsah.

Encik Musadek khususnya mengalu–alukan bantuan itu "terutama (untuk) kita orang-orang yang sudah pencen". 

"Sudah tidak ada kerja. Itu bagi saya perlu. Saya masih boleh lagi boleh bertahan, tetapi kalau yang betul-betul miskin macam mana? Alhamdulillah kalau PM hendak berikan," komen beliau.

PM Lee mengumumkan bahawa Pakej Generasi Merdeka akan menawarkan subsidi seperti Pakej Generasi Perintis yang dinikmati pasangan Encik Rashid Hussin dan isterinya Cik Siti Abdullah.

Related article image
 Encik Rashid Hussin dan isterinya Cik Siti Abdullah.

Encik Rashid Hussin dan isterinya Cik Siti Abdullah.

Mereka antara lain menikmati subsidi bagi jagaan pesakit luar, tokokan Medisave serta bayaran bagi jagaan jangka panjang dan subsidi premium MediShield Life.

"Alhamdullillah pakcik rasa banyak perbezaan. Kalau dulu sebelum adanya skim ini, kita bayar lebih kurang $2,000 setahun, dan pakcik rasa warga perintis ini tak perlu bimbang tentang bayaran kos perubatan dan jangan lupa ini sampai kita sepanjang umur selagi kita hidup," kata Encik Rashid. 

"Ia dapat membantu (saya), duit makcik kurang keluar jadi dapat bantu kurangkan beban (saya)," kata Cik Siti Abdullah. 

Itulah juga yang diharapkan Encik Musadek dan isteri.

"Yang paling mustahaknya, yang merungsingkan orang-orang tua seperti saya, perubatan. Kos perbelanjaan pesakit. Itu yang paling mahal. Sebab kita terasa," tambah Encik Musadek.

Perincian Pakej Generasi Merdeka akan diumumkan apabila Kenyataan Belanjawan dibentang di Parlimen pada 18 Februari ini.  

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita