Skip to main content

Singapura

Gempa-tsunami Sulawesi: S'pura tawar bantuan kemanusiaan

Pemerintah Singapura menawarkan untuk menghantar bekalan bantuan kemanusiaan dan kakitangan ke Indonesia menyusuli gempa dan tsunami dahsyat yang melanda pusat Sulawesi Jumaat lalu (28 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Oct 2018 05:08PM Dikemas Kini : 03 Oct 2018 02:01AM

SINGAPURA: Pemerintah Singapura menawarkan untuk menghantar bekalan bantuan kemanusiaan dan kakitangan ke Indonesia menyusuli gempa dan tsunami dahsyat yang melanda pusat Sulawesi Jumaat lalu (28 Sep).

Gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter mencetuskan ombak tsunami setinggi 6 meter, yang membadai bandar Palu di bahagian pantai barat Sulawesi. Angka korban yang rasmi sudah meningkat kepada 1,234, menurut agensi pengurusan bencana Indonesia pada Selasa (2 Okt).

Dua pesawat pengangkut C-130 milik Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF), akan menghantar bekalan kemanusiaan dan peralatan, termasuk khemah-khemah, bekalan makanan yang dicatu dan bekalan perubatan, menurut Kementerian Ehwal Luar dalam satu kenyataan media pada Selasa (2 Okt).

Pesawat tersebut kemudian akan terus membantu Indonesia dengan usaha-usaha kemanusiaan termasuk memindahkan orang awam dari kawasan terjejas.

Sementara itu, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sudah mengerahkan dua pegawai untuk mengambil bahagian dalam misi selama 10 hari ke pusat Sulawesi sebagai sebahagian daripada Pasukan Respons dan Penilaian Kecemasan ASEAN. Ia diselaraskan oleh Pusat Penyelaras ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan mengenai pengurusan bencana.

Tambahan lagi, SCDF sudah bersedia untuk menghantar sebuah pasukan berasingan untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat serta bantuan kemanusiaan, menurut MFA.

Pemerintah tersebut juga akan menderma sebanyak AS$100,000 (S$138,000) untuk mulakan permohonan mengumpul dana oleh Palang Merah Singapura, yang dilancarkan pada Isnin (1 Okt).

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita