Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gempa bumi di Jepun: PM Lee ucap takziah kepada PM Kishida

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Khamis (4 Dis) menyampaikan ucap takziah kepada keluarga-keluarga di Jepun yang kehilangan orang-orang disayangi akibat gempa bumi kuat di negara itu pada Tahun Baharu.

Gempa tersebut melanda daerah Noto di wilayah Ishikawa, meragut nyawa sekurang-kurangnya 78 orang. Puluhan lagi masih hilang.

"Saya amat sedih atas kehilangan nyawa dan kemusnahan disebabkan gempa di Semenanjung Noto pada Tahun Baharu," tulis Encik Lee dalam suratnya kepada Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.

"Bagi pihak pemerintah Singapura, saya mengucapkan takziah kepada keluarga yang kehilangan orang-orang disayangi akibat bencana itu."

Gempa bumi yang kuat itu, diikuti ratusan gegaran susulan, mencederakan sekurang-kurangnya 330 orang, dedah pihak berkuasa tempatan.

Beribu-ribu keluarga di seluruh Ishikawa terputus bekalan elektrik atau air, dengan pasukan penyelamat bergelut untuk sampai ke kawasan yang kawasan yang terputus hubungan.

'Saya berharap mereka yang cedera cepat sembuh. Ingatan kami bersama rakyat Jepun pada masa sukar ini,' kata Encik Lee dan menawarkan sokongan Singapura kepada usaha membantu para mangsa.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan