Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gema Si Cilik ajak 120 murid prasekolah pelbagai kaum, agama raikan bahasa Melayu

120 kanak-kanak prasekolah meraikan bahasa Melayu dalam satu peraduan nyanyian dan tarian tradisional anjuran Kelab Masyarakat Tampines West.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: 120 kanak-kanak prasekolah meraikan bahasa Melayu dalam satu peraduan nyanyian dan tarian tradisional anjuran Kelab Masyarakat Tampines West.

Peraduan diberi nama Gema Si Cilik itu juga berjaya menarik pelibatan kanak-kanak berlainan kaum dan agama.

Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Mungkin pepatah inilah yang tepat dalam menggambarkan peraduan tahunan Gema Si Cilik 2018.

Peraduan nyanyian dan tarian itu bertujuan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu melalui wadah yang kreatif dan seronok.

Usaha peringkat akar umbi itu disambut baik oleh Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli.

Selain menarik penyertaan golongan muda, acara seperti Gema Si Cilik itu juga menjadi platform bagi menghidupkan bahasa dan budaya Melayu, di kalangan mereka yang berlainan bangsa.

"Memang program ini ditumpukan kepada anak-anak Melayu kita supaya mereka ada peluang untuk menjalani program menjadi peserta acara-acara kebahasaan tetapi.

"Kita juga gembira kerana banyak sekali prasekolah yang kebanyakannya tidak ramai orang Melayu ada di sana juga turut serta. Jadi, ini melambangkan bahawa seni dan lagu-lagu Melayu itu adalah sesuatu yang dapat dilestarikan untuk semua masyarakat," kata beliau.

Encik Masagos, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, berkongsi bahawa saban tahun semakin banyak persatuan dan pertubuhan yang meraikan bahasa Melayu.

"Saya rasa sangat gembira dan saya mempelajari bahasa baru iaitu Melayu. Saya mempelajari gerak tari, lirik lagu dan memakai baju Melayu," kata Bhat Vrushank Ajeyakumara, seorang murid PCF Sparkletots@Tampines North.

Menurut Sharifah Diana Sofia, seorang guru PCF Sparkletots@Tampines West, para ibu bapa turut menyertai kegiatan tersebut.

"Mereka juga dapat memupuk minat kanak-kanak ini bertutur dalam bahasa Melayu. Kesan yang saya dapat lihat adalah mereka dapat meningkatkan keyakinan diri mereka untuk membuat persembahan," kata beliau.

Gema Si Cilik 2018 yang diadakan pada hujung minggu lalu dihadiri oleh sekitar 500 orang. 

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan