Gelombang jangkitan mungkin sudah capai kemuncaknya, kata Ong Ye Kung
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Gelombang COVID-19 di Singapura sekarang ini yang dipacu varian Omicron XBB mungkin mencapai kemuncaknya lebih awal dan bukan pertengahan bulan November seperti yang dijangkakan sebelum ini.
Menteri Kesihatan Ong Ye Kung yang berkata demikian menambah, bilangan kes harian kini sudah merosot.
Jika trend itu berterusan, kata beliau,
keadaan COVID-19 di sini akan menjadi lebih baik dalam seminggu dua lagi.
Singapura mencatatkan sekitar 6,300 kes semalam (22 Okt), berbanding lebih 8,000 kes sehari pada awal minggu ini.
"Kita kini ditengah-tengah satu gelombang yang dipacu XBB dan yang mengakibatkan banyak jangkitan semula. Satu daripada setiap lima kes adalah jangkitan semula. Tapi amat jelas sejak seminggu lalu, jumlah kes sudah mencapai kemuncaknya dan kini mula merosot. Jadi kami perlu terus memantau untuk melihat sama ada ia akan meningkat semula kerana ia boleh berlaku.
"Tetapi jika ia terus turun dari sini, ia bermakna pemodelan kami sebenarnya lebih pesimis. Kami fikir ia akan memuncak pada separuh pertama bulan November. Jadi nampaknya, jika trend menurun ini berterusan, ini bermakna ia sudah mencapai kemuncak lebih awal dari jangkaan.
Diharapkan keadaan akan bertambah baik, tapi dapatkan vaksin anda kerana selepas satu gelombang, lagi satu akan menyusul," kata Encik Ong hari ini (23 Okt).

Sumber : CNA/IA/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.