Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gelombang haba dan kenaikan paras air laut keprihatinan utama penduduk SG: Tinjauan

Anggaran Waktu Membaca:
Gelombang haba dan kenaikan paras air laut keprihatinan utama penduduk SG: Tinjauan

Orang ramai bersantai di Marina Bay, Singapura. (Gambar: Nuria Ling/TODAY)

SINGAPURA: Gelombang haba dan kenaikan paras air laut menjadi keprihatinan utama para penduduk Singapura mengenai kesan perubahan iklim.

Dapatan itu terkandung dalam hasil tinjauan oleh ISEAS-Institut Yusof Ishak.

Tinjauan tersebut mendapatkan pandangan daripada hampir 3,000 responden di 10 negara ASEAN.

Lebih 80 peratus responden di Singapura berpendapat, gelombang haba merupakan kesan perubahan iklim yang paling serius terhadap negara ini.

Kira-kira 70 peratus responden tempatan pula bimbang tentang kenaikan paras air laut dan banjir.

Selain itu, lebih 60 peratus responden di Singapura berpendapat bahawa pemerintah adalah pihak yang paling aktif dalam usaha menangani perubahan iklim di negara ini.

Sebaliknya, hanya 5 peratus responden berpendapat pihak perniagaan paling aktif dalam usaha itu.

Para penyelidik berkata dapatan tersebut memberi isyarat jelas kepada pihak industri supaya meningkatkan lagi usaha untuk menangani masalah perubahan iklim.

Lebih dari empat daripada 10 responden, atau 45.5 peratus, di Singapura berkata mereka tidak mengalami isu kekurangan makanan.

Jumlah tersebut lebih tinggi jika dibandingkan dengan responden di rantau ini, yang mana hanya tiga dalam 10 orang, atau 29.9 peratus, berkata mereka tidak mengalami isu kekurangan makanan.
Sumber : CNA/MU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan