Gelombang COVID-19 di SG semakin reda, jumlah jangkitan & kemasukan ke hospital merosot
Anggaran Waktu Membaca:
Orang ramai dilihat di Marina Bay di Singapura pada 22 Apr 2025. (Gambar: AFP)
SINGAPURA: Gelombang COVID-19 yang bermula pada lewat April lalu semakin reda, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Sabtu (14 Jun), sambil menarik perhatian kepada penurunan dalam jumlah kes jangkitan dan kemasukan hospital.
Dalam satu catatan Facebook, Encik Ong berkata data terkini menunjukkan "trend menggalakkan", dengan anggaran jumlah kes mingguan merosot kepada 15,300 kes.
Jumlah tersebut lebih rendah berbanding anggaran 26,400 jangkitan dalam seminggu pada permulaan gelombang jangkitan itu.
Secara serupa, jumlah pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital juga telah berkurangan kepada sekitar 118 setiap hari, berbanding 174 sebelum ini.
Encik Ong juga berkata bacaan ujian air kumbahan juga bertambah baik, sekali gus menyokong trend tersebut.
Di kemuncak pandemik COVID-19 pada 2020, Singapura mula menguji air sisa bagi menjejaki penularan penyakit itu, mencerminkan usaha yang dijalankan di negara-negara lain.
"Berita baik adalah kes kemasukan ke ICU kekal rendah sepanjang gelombang jangkitan itu, di mana ia kekal pada kira-kira dua hingga tiga kes setiap hari.
"Ini menunjukkan bahawa sistem jagaan kesihatan kami telah membina daya ketahanan lebih kukuh dalam menangani COVID-19," katanya.
"Pengalaman ini mengingatkan kita bahawa gelombang COVID-19, seperti influenza musiman, tetap boleh menimbulkan tekanan terhadap sistem jagaan kesihatan kami.
"Walaupun kami lebih berdaya tahan dalam menangani lonjakan kes, kami tetap harus mengukuhkan pertahanan kami dan bersiap sedia menghadapi gelombang jangkitan di masa hadapan atau sebarang pandemik baharu."
Encik Ong menambah Kementerian Kesihatan akan terus memantau situasi dengan teliti, terutama sekali jika terdapat varian baharu.

Sumber : CNA/HZ/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.