Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gelombang baru COVID-19 varian Omicron mungkin landa S'pura pada Julai atau Ogos: Ong Ye Kung

Anggaran Waktu Membaca:
Gelombang baru COVID-19 varian Omicron mungkin landa S'pura pada Julai atau Ogos: Ong Ye Kung

Gambar: Jeremy Long

Diterbitkan : 06 Jun 2022 07:04PM Dikemas Kini : 06 Jun 2022 07:27PM

SINGAPURA: Singapura boleh menjangkakan gelombang baru Omicron yang "mungkin muncul semula" pada Julai atau Ogos, sedang kesan antibodi COVID-19 mula melemah, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Ahad (5 Jun).

Bercakap di luar satu acara pada Ahad, Encik Ong berkata Kementerian Kesihatan (MOH) sudah mengesan beberapa kes COVID-19 subvarian baru BA.4 dan BA.5.

Bagaimanapun, ia belum "mengatasi" subvarian BA.2, kata Encik Ong, merujuk kepada varian Omicron yang membentuk 99 peratus jangkitan COVID-19 tempatan pada April.

"Kita semua mempunyai antibodi yang sangat tinggi, disebabkan vaksinasi kita, oleh kerana gelombang Omicron baru-baru ini.

"Jadi, tiada apa yang akan berlaku sehingga beberapa bulan kemudian, apabila kesan antibodi kita mula berkurangan, oleh itu anda boleh melihat BA.4 dan (BA.5) mungkin berlaku pada Julai atau Ogos. Itu anggaran kami," kata Encik Ong.

Beliau menambah bahawa garis masa yang dianggarkan itu bukan berdasarkan sebarang "usaha pemodelan yang rumit", tetapi dengan hakikat bahawa apabila penularan reda, Singapura harus menjangkakan gelombang lain akan meningkat, empat hingga enam bulan kemudian.

"Dan gelombang yang paling dominan akan meningkat, dan pada masa itu saya fikir ialah BA.4 atau BA.5," kata Encik Ong.

BA.4 dan BA.5 ialah dua subvarian Omicron yang menyebabkan gelombang COVID-19 di Afrika Selatan. Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah menyenaraikannya sebagai varian yang membimbangkan.

Singapura mengesan tiga kes dalam masyarakat melibatkan dua subvarian itu pada Mei, di mana dua kes dijangkiti varian BA.4 dan satu kes tempatan dijangkiti varian BA.5, menurut MOH.

Encik Ong menambah bahawa Singapura boleh "memerhatikan" Amerika Syarikat dan Eropah, kerana gelombang baru COVID-19 itu akan "lebih berkemungkinan" berlaku di kawasan tersebut sebelum sampai ke Singapura.

"Perkara yang paling penting bukanlah jumlah kes, tetapi berapa ramai orang akan mengalami sakit teruk.

"Saya percaya dengan daya tahan yang kuat, kita boleh mengharungi gelombang BA.4 dan BA.5," katanya.

Sumber : CNA/KF/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa