Gelang LED NDP 2024 digunakan semula, 93% dipulangkan bagi 6 pertunjukan pertama
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya, gelang tangan LED bagi Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini digunakan semula daripada sesi latihan hingga sambutan yang diadakan pada 9 Ogos nanti.
Secara purata, 93 peratus gelang tangan LED dipulangkan bagi enam pertunjukan pertama NDP.
Pasukan yang mengumpul gelang tangan berkenaan berharap jumlah itu dapat dikekalkan pada pertunjukan NDP pada Jumaat nanti.
Pada 2019, para penonton boleh membawa pulang gelang tangan LED itu.
Sekitar 162,000 gelang tangan LED diagihkan sepanjang enam persembahan pada ketika itu.
Tahun ini, para kakitangan ditempatkan di pintu keluar Padang untuk mengingatkan para penonton supaya memulangkan gelang tangan itu di penghujung persembahan.
Peringatan itu juga ditayangkan pada skrin di Padang.
Selepas setiap pertunjukan, kesemua gelang tangan itu akan dibersihkan dan dibasmi kuman, termasuk bahagian tali kain dan komponen LED.
Jawatankuasa Persembahan NDP 2024 juga menimbangkan untuk berbuat demikian bagi Perbarisan Hari Kebangsaan pada masa hadapan.

Sumber : CNA/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.