Gejala kesihatan mental dalam kalangan belia SG dikaitkan dengan guna media sosial berlebihan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penggunaan media sosial yang berlebihan adalah satu daripada tiga faktor yang dikaitkan dengan gejala kesihatan mental dalam kalangan belia, menurut hasil kajian Institut Kesihatan Mental (IMH).
Golongan muda yang menghabiskan lebih tiga jam setiap hari di media sosial lebih berkemungkinan mengalami gejala kemurungan, kebimbangan dan/atau tekanan, menurut IMH dan National Healthcare Group (NHG) dalam satu kenyataan media bersama pada Khamis (19 Sep).
Dua faktor lain yang dikaitkan dengan gejala tersebut ialah pengalaman buli siber dan mempunyai kebimbangan sederhana hingga teruk tentang bentuk badan seseorang.
Kebimbangan terhadap bentuk badan ditakrifkan dalam kajian tersebut sebagai mempunyai imej badan yang negatif dan kebimbangan yang berlebihan tentang bentuk badan seseorang yang biasanya dikaitkan dengan gangguan makan.
“Kira-kira 1 daripada 3 orang muda berusia antara 15 dan 35 tahun di Singapura dilaporkan mengalami simptom kemurungan, kebimbangan dan/atau tekanan yang teruk atau sangat teruk,” kata IMH dan NHG.
"Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa gejala kesihatan mental yang teruk atau sangat teruk yang dilaporkan dalam kajian ini tidak semestinya menunjukkan gangguan mental," tambah IMH dan NHG.
Hasil kajian yang dilaporkan adalah daripada kumpulan pertama dapatan Kajian Kesihatan Mental Belia Kebangsaan yang dimulakan pada 2022 untuk menilai keadaan kesihatan mental penduduk Singapura yang berusia 15 hingga 35 tahun.
Kajian itu melibatkan temu bual dengan 2,600 orang muda antara Oktober 2022 dan Jun 2023 dan keputusannya mencerminkan penduduk belia Singapura, kata IMH dan NHG.
Ia dijalankan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (MOH), Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Belia dan Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock di Universiti Nasional Singapura (NUS).
DAPATAN UTAMA
Menurut hasil kajian itu, kebimbangan adalah masalah kesihatan mental yang paling biasa dalam kalangan golongan muda Singapura, dengan sekitar 27 peratus belia dilaporkan mengalami simptom teruk atau sangat teruk pada minggu sebelum tinjauan itu dijalankan.
Gejala kebimbangan termasuk rasa bimbang, resah dan gelisah pada kebanyakan masa.
Kira-kira 1 daripada 7 belia melaporkan mengalami simptom kemurungan yang teruk atau sangat teruk, termasuk rasa sedih, kesunyian dan kurang minat dan keseronokan terhadap aktiviti-aktiviti pada kebanyakan masa.
Tahap tekanan yang teruk hingga sangat teruk dilaporkan oleh 12.9 peratus belia di Singapura. Gejala ini termasuk tidak dapat berehat atau berasa kecewa atau mudah marah pada kebanyakan masa.
Kira-kira 27 peratus belia juga didapati menggunakan media sosial secara berlebihan.
Mereka yang berbuat demikian adalah 1.5, 1.3 dan 1.6 kali lebih berkemungkinan mengalami simptom kemurungan, kebimbangan dan tekanan yang teruk atau sangat teruk, kata IMH dan NHG.
Golongan muda yang mempunyai kebimbangan terhadap imej badan yang sederhana hingga teruk adalah 4.9, 4.3, dan 4.5 kali lebih berkemungkinan mengalami simptom kemurungan, kebimbangan dan tekanan yang teruk atau sangat teruk.
Mangsa buli siber adalah sekitar dua kali ganda lebih bermungkinan bergelut dengan gejala masalah kesihatan mental ini.
Profesor Madya Swapna Verma, pengerusi lembaga perubatan IMH, menegaskan bahawa walaupun tidak semua individu yang mengalami gejala kemurungan atau kebimbangan mempunyai keadaan klinikal, berada dalam keadaan sedemikian untuk tempoh masa yang berpanjangan boleh memudaratkan kesejahteraan mereka.
“Golongan muda hari ini sedang bergelut dengan isu-isu unik yang tidak dialami oleh generasi terdahulu,” katanya.
“Media sosial mendedahkan mereka kepada perbandingan berterusan, meningkatkan kebimbangan mengenai imej badan.
Dunia siber juga telah mewujudkan pembuli siber, yang menambah dimensi baharu kepada gangguan yang boleh berterusan dan meluas.”
Profesor Madya Mythily Subramaniam, penolong pengerusi lembaga perubatan (penyelidikan) IMH, berkata tiga faktor yang berkaitan boleh dikaitkan antara satu sama lain.
"Masa yang diluangkan oleh orang muda di media sosial juga boleh dikaitkan dengan buli siber dan kedua-duanya boleh sama ada secara bebas atau bersama-sama menyebabkan kebimbangan terhadap bentuk badan," katanya.
"Kajian kami, seperti kebanyakan yang lain, menunjukkan bahawa penggunaan media sosial yang berlebihan adalah kebimbangan kesihatan awam dan mempunyai kesan yang besar terhadap kesihatan mental belia.
"Adalah penting untuk golongan muda, ibu bapa, pendidik memberi perhatian kepada isu-isu ini, mengenali tanda-tanda awal tekanan dan membangunkan batas yang sihat."

Sumber : CNA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.