Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gegaran dirasa di S'pura susuli gempa bumi 6.0 magnitud di Sumatera Utara: NEA

Gegaran dapat dirasakan di Singapura hari ini (25 Feb) menyusuli gempa bumi di Sumatera.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Gegaran dapat dirasakan di Singapura hari ini (25 Feb) menyusuli gempa bumi di Sumatera.

Kira-kira pukul 9.40 pagi, beberapa individu melaporkan gegaran di beberapa lokasi merata Singapura termasuk di Punggol, Simei, Redhill, Queensway, Ang Mo Kio dan Kallang.

Para pembaca Mediacorp juga berkata mereka rasa gegaran di Bugis, River Valley dan Choa Chu Kang.

Dalam respons kepada pertanyaan oleh Mediacorp, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan gegaran dikesan menyusuli gempa bumi berukuran 6.0 magnitud di Sumatera Utara.

Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi berukuran 6.2 magnitud melanda Sumatera, Indonesia pada kira-kira pukul 8.39 pagi waktu tempatan (9.39 pagi waktu Singapura).

Agensi geofizik Indonesia BMKG menyatakan dalam catatan Twitter bahawa pusat gempa terletak di kawasan darat dan ia tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan