"Gegaran, amaran kecemasan bertalu-talu": Rakyat SG di Timur Tengah berdepan ketidakpastian sedang keadaan kian meruncing
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Gegaran dan telefon bimbit yang berdering bertalu-talu dengan amaran kecemasan.
Demikian keadaan yang dialami keluarga Mohd Danial Danish Zainal, rakyat Singapura yang menetap di Dubai, sejak beberapa hari lalu.
Meskipun kediaman mereka di Dubai Silicon Oasis, di bahagian selatan Dubai dan bukan di kawasan serangan peluru berpandu serta dron di utara, suasana tegang itu tetap dirasai keluarga tersebut.
Beliau, yang bertugas sebagai pengurus latihan di Emirates Group, kini menetap di Dubai bersama dua anak perempuannya yang berusia 3 dan 6 tahun, serta isterinya.

Keluarga empat beranak itu merupakan antara rakyat Singapura yang tidak dapat menyembunyikan kebimbangan terhadap nasib mereka, sedang perkembangan di rantau Timur Tengah kian meruncing.
"Saya percaya semalam (1 Mac), sekitar tengah hari, kami merasakan gegaran. Panel kaca bergetar. Anak-anak saya masih tidak menyedari situasi yang sedang berlaku. Jadi, kami hanya tinggal di rumah. Kami hanya memastikan mereka tenang dan semuanya terkawal," kongsi Encik Danial kepada wartawan Syazwani Sanep.

Menurut Encik Danial, beliau sudah menerima amaran dan nasihat kecemasan daripada pihak berkuasa sejak seawal Sabtu (28 Feb).
Mereka bahkan, sudah dinasihati supaya membuat persiapan awal sekiranya berlaku sebarang kecemasan, termasuk menyediakan beg keperluan dan memastikan kenderaan diisi minyak penuh.
Malah, aturan bekerja dan bersekolah dari rumah juga telah dilaksanakan.
HASRAT UNTUK BERAYA BERSAMA KELUARGA MASIH BELUM PASTI; KESELAMATAN DIUTAMAKAN
Lebih menyayat hati, hasrat keluarga Encik Danial untuk pulang beraya di Singapura kini masih menjadi tanda tanya.
Beliau dijadual pulang pada 17 Mac ini.
Dengan ruang udara masih tutup, Encik Danial akan terus memantau keadaan serta menunggu perkembangan daripada syarikat penerbangan Emirates.
Kekecewaan ini turut dirasai ibu bapanya yang sabar menantikan kepulangan anak, menantu serta cucunya untuk melepaskan rindu dan menyambut Hari Raya bersama.

Bagi Encik Zack Zainal, bapa Encik Danial, rasa hampa sukar dibendung apabila hasrat untuk bertemu anaknya sekeluarga, serta seorang lagi anaknya di Dubai, masih belum pasti.
“Saya rasa kecewa dengan apa yang berlaku sekarang, tetapi ini sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Saya sudah berpesan kepada anak-anak supaya menjaga diri. Jika tidak dapat pulang beraya, tidak mengapa,” luahnya.
Kali terakhir Encik Zack dapat berkumpul bersama seluruh keluarga adalah pada April tahun lalu.
Namun, mereka akur akan kepentingan mematuhi nasihat pihak berkuasa dan terus memantau perkembangan semasa.

JEMAAH NOAH TRAVEL AND TOURS KINI DI JORDAN, SEDANG DAPATKAN PENERBANGAN SETERUSNYA PULANG KE TANAH AIR SECEPAT MUNGKIN
Bagi sekumpulan rakyat Singapura yang menyertai wisata Ramadan ke Baitulmakdis anjuran Noah Travel and Tours, lawatan mereka terpaksa dipendekkan.
Keputusan itu dibuat setelah mereka meneliti perkembangan semasa.
Kumpulan itu, yang terdiri daripada 28 jemaah, tiba di Baitulmakdis pada 26 Februari lalu.

Mengulas lanjut mengenai keputusan yang dibuat, Pengurus Besar Noah Travel and Tours, Nor Azam Mohamed Shariff berkata:
"Keputusan telah dibuat akan lebih selamat untuk kita, saya dan juga teman-teman saya untuk berada di Amman kerana ruang udara memang ditutup jadi satu jalan keluar sahaja untuk kita pulang. Untuk lebih selamat ialah untuk ke Amman."
Buat masa ini, kumpulan itu sudah selamat tiba di Jordan.
Namun, penerbangan mereka melalui Gulf Air untuk ke Bahrain sebelum pulang ke tanah air, yang dijadual berangkat pada Isnin (2 Mac) dibatalkan dek ruang udara yang masih ditutup.
Sungguhpun mereka masih menghadapi ketidakpastian mengenai bila mereka dapat akhirnya pulang ke Singapura, kesemua jemaah tetap tenang.
"Kita semua tenang, memang tenang kerana kita tak menyangka apa-apa yang telah berlaku atau sedang berlaku kerana keadaan seperti biasa," jelas Encik Nor Azam.
Pihak Noah Travel and Tours sedang berusaha untuk mendapatkan penerbangan pulang ke tanah air secepat mungkin.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.