Skip to main content

Singapura

Gedung Kuning bakal dirasmikan dengan konsep baru 1 Nov ini

Gedung Kuning yang pernah menempatkan sebuah restoran, nampaknya tidak akan digantikan dengan sebuah restoran lain.  

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Oct 2019 08:00PM Dikemas Kini : 20 Oct 2019 05:02PM

SINGAPURA: Gedung Kuning yang pernah menempatkan sebuah restoran, nampaknya tidak akan digantikan dengan sebuah restoran lain.

Sebaliknya ia diubah menjadi ruang interaktif bagi mempelajari sejarah Singapura sejak 800 tahun lalu, dengan menggunakan teknologi bilik permainan 'escape room'.

Perniagaan baru, Amazing Chambers Singapura, di 73 Sultan Gate itu akan dirasmikan pada 1 November ini.

PENIAGA BERHAMPIRAN MASIH TERTANYA-TANYA

Enam bulan sudah berlalu sejak Restoran Mamanda berhenti beroperasi, selepas hampir tujuh tahun menjalankan perniagaan di sana.

Tender bagi mencari penyewa baru untuk ruang itu ditutup pada 15 Februari lalu.

Namun, sehingga kini tiada maklumat lanjut tentang siapakah penghuni baru Gedung Kuning.

Beberapa kedai makan berhampiran Gedung Kuning juga masih tertanya-tanya apakah punca ia ditutup dan apakah pula rancangan susulan bagi bangunan tersebut.

Related article image

Peniaga Warong Nasi Pariaman, Encik Jumrin Isrin berkata: "Dari media massa, kita dengar yang ia akan tutup. Kalau untuk secara peribadi, kita tak tahu."

DIUBAH MENJADI 'AMAZING CHAMBERS SINGAPURA'

Bagaimanapun, rata-rata peniaga di sana tahu ia sudah diubah menjadi 'Amazing Chambers Singapura'.

Related article image

Bakal dirasmikan pada 1 November ini, Amazing Chambers Singapura sejak dua minggu lalu sebenarnya sudah menawarkan ruang interaktif untuk berhibur sambil belajar tentang sejarah Singapura sejak 800 tahun lalu.

Ini termasuk tentang Sang Nila Utama dan Leftenan Adnan.

Related article image

(Gambar: Petikan skrin laman Amazing Chambers Singapura)

Daya tarikan ini juga menggunakan teknologi bilik permainan 'escape room' dan dibuka kepada orang ramai secara bertahap-tahap sejak dua minggu lalu.

TUJUH TEMA INTERAKTIF BERPANDUKAN SEJARAH

Buat masa ini, hanya empat tema yang dibuka kepada orang ramai. Lagi tiga tema akan dibuka menjelang hari perasmiannya kelak.

Related article image

(Gambar: Petikan skrin laman Instagram Amazing Chambers Singapura)

Dengan tujuh tema interaktif kesemuanya, pengalaman ini dijangka membawa para pemain ke zaman silam berpandukan sejarah dan budaya lampau Singapura.

Related article image

(Gambar: Petikan skrin laman Amazing Chambers Singapura)

Menggunakan lebih 100 gajet dan prop, Amazing Chambers Singapura membolehkan pemain meneroka sehingga 22 bilik permainan secara keseluruhannya.

Tempahan sudahpun boleh dibuat online di laman Amazing Chambers Singapura, dengan harga bermula dari $24.90 seorang untuk satu tema, bagi promosi pembukaan ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita